Seorang Kanak² Ditahan Kerana Curi Sepasang Kasut. Slps Disoal Siasat Apa Yg Anggota Polis Ini Lakukan Buat Ramai SEBAK !!!

Seorang Kanak² Ditahan Kerana Curi Sepasang Kasut. Slps Disoal Siasat Apa Yg Anggota Polis Ini Lakukan Buat Ramai SEBAK !!! | Setiap orang tidak seharusnya terlalu bergantung kepada deskripsi tugas mereka sebaliknya haruslah mempunyai nilai tambah supaya mereka menjadi manusia, bukan sekadar robot yang mengikut arahan semata-mata.

Seorang pegawai polis dari Atlanta, Che Milton baru sahaja dalam minggu pertama perkhidmatannya dan diberi tugasan untuk menguruskan kes kecurian sepasang kasut.

Setelah penyiasatan dilakukan, suspek hanyalah seorang kanak-kanak berusia 12 tahun dan kasut yang dicurinya hanya bernilai lebih kurang RM9 sahaja.

Kanak-kanak tersebut mengalirkan air mata sambil menceritakan bahawa keluarga mereka tidak mampu untuk memiliki kasut dengan harga sedemikian dan dia hanya mahu menunaikan impian adiknya yang berusia 5 tahun itu.

Milton membawa kanak-kanak tersebut pulang ke rumah menaiki kereta polis dan mendapati keadaan keluarga mereka yang sungguh menyayat hati.

Rumah mereka tidak dihiasi sofa atau katil yang sempurna sebaliknya hanyalah beralaskan kain nipis untuk tidur. Ibunya pula sedang sibuk menggendong anaknya sambil membersihkan rumah kerana didatangi tetamu.

Mereka terdiri daripada 7 beranak termasuk ibu dan ayah. Ayahnya sahaja yang bekerja kerana mereka tidak mampu menganggung kos untuk menghantar anak-anaknya ke nurseri jadi ibunya perlu menjaga mereka.

“Saya melihat keadaan mereka dan tiada langsung makanan untuk anak-anaknya,” kata Milton kepada CNN.

Milton segera ke kedai pizza berdekatan dan mengambil 4 keping pai yang besar dan memberikan kepada keluarga berkenaan.

Malah, selepas kejadian tersebut, Milton juga sering ke sana untuk memberikan pampers, baju atau sekadar melihat-lihat kondisi anak-anak tersebut.

Tidak lama kemudian, Milton dipanggil oleh sarjannya. Pada awalnya dia menyangka dia telah melakukan kesalahan tetapi apa yang terjadi adalah sebaliknya.

Jabatannya yang telah mendengar cerita Milton telah berkongsikan kisah keluarga malang tersebut. Menariknya, laman Facebook balai polis Atlanta semakin sibuk dengan komen-komen positif dan juga bantuan dari masyarakat setempat.

“Cara Pegawai Milton menguruskan insiden ini membuktikan bahawa dia di sini bukanlah untuk menguatkuasakan undang-undang semata-mata sebaliknya memberi lebih lagi dengan berkhidmat kepada masyarakat dan menjadi sebahagian dari komuniti tersebut,” kata wakil jabatan tersebut kepada CNN.

Era Baru

P.S. 1 – Kisah Sultan Muhammad V Xdapat Masuk Restoran Kerana Penuh. Apa Yg Berlaku Selepas Itu MENGEJUTKAN !!!
P.S. 2 – PELIK. Anjing Ini Tiap² Malam Tenung Pemiliknya Sehingga Lelaki Itu Tidur, Selepas Disiasat Rupa²nya…
P.S. 3 – Ibu Meninggal Dunia Tiada Siapa Jaga Adik Kecil. Kerana Xmahu Ponteng Ini Yang Abang² Lakukan !!!
P.S. 4 – “Saya Selalu Bawa Bekal Makan Tepi Kubur Isteri Saya”. Kisah Cinta Sejati Lelaki Ini Dengan Arwah Isterinya MENYENTUH HATI !!!
P.S. 5 – GERAM. Tergamak Si Anak PAKSA Ayah Buat Loan Dan Ambil Duit Pencen Ayah !!!

The post Seorang Kanak² Ditahan Kerana Curi Sepasang Kasut. Slps Disoal Siasat Apa Yg Anggota Polis Ini Lakukan Buat Ramai SEBAK !!! appeared first on HARIAN METRONI.

No comments