Emak Berkira

Assalamualaikum/Hi.

Aku terus jelah pada confession aku yer. Tengok tajuk bukan tujuan aku nak mengaibkan sesiapa tetapi untuk meminta pandangan pembaca terhadap apa yang aku akan sampaikan. Sebelum itu, aku ceritakan sedikit latar belakang aku. Aku seorang anak perempuan dari sebuah keluarga yang berpisah sejak aku kecil. Lebih kurang 1 tahun lebih umur ku waktu ayah dan ibu aku berpisah. Atas sebab-sebab tertentu, aku berada di bawah penjagaan ayah sehingga sekarang.

Nak dijadikan cerita, selepas mereka berpisah aku tak pernah kenal yang namanya ibu/mama dalam definisi sebenar. Aku ada pengasuh tapi pengasuh aku juga seorang yang agak garang buat aku membesar kadang kala aku rasa pengasuh aku tak sayang aku pun. Tapi melihat pengorbanan pengasuh aku yang selalu sediakan keperluan aku selain daripada ayah aku lah (Alhamdulilah ayah aku penyayang orangnya), jadi aku cuba ubah persepsi aku… Mungkin pengasuh aku sayang aku, tapi dia tak tau nak salurkan macamana. Mungkin dia rasa itu tegas bukan garang. Tapi bagi aku, cara dia garang.

Disebabkan itu, walaupun aku perempuan tapi sampai sekarang aku ada isu untuk terlalu rapat dengan kaum sejantina aku sendiri. Cuma tak bermakna aku melayan lelaki ye. Pergaulan aku dijaga agak ketat oleh pengasuh aku.

Balik pada apa yang aku nak sampaikan, since ayah aku berpisah, aku tak begitu kenal ibu aku. Berdasarkan sumber-sumber yang boleh aku percaya, adalah beliau datang jenguk aku, tapi hanya untuk beberapa tahun sebelum aku masuk 3 tahun. Jadi korang rasa budak kecik mana yang akan ingat yaa..

Jadi bila aku masuk sekolah, biasalah kalau cerita pasal family mesti ada kaitan dengan ibu bapa, tapi family aku pula incomplete. Aku ada ayah, tapi ibu?

Kena pulak dengan makcik-makcik mulut bawang yang sibuk jaga tepi kain orang balik-balik tanya “mana mak kau, kau tak nak junpa dia ke?”. Buat kau sebagai budak kecik masa tu rasa insecure yang tak mampu nak diluahkan. Yelah nak diluahkan ke pengasuh kang, aku takut aku yang kena marah balik. Jadi aku diamlah sampai bila? Sampai aku form 4.

Aku start ada fb masa aku form 4. Mula-mula aku guna fb ni, aku tak nampak lagi apa function dia boleh buat. Noob lagi kan. Lepastu, aku ni jenis excited pasal benda-benda baru. Kalau benda aku baru join, segala benda aku nak kaji. Sampai lah aku dapat faham apa fungsi fb ni selain tambah kenalan, boleh juga stalk dan cari orang sampai dapat.

Dari fb ni lah aku cari sendiri ibu aku. Jangan ada yang tanya kenapa ibu aku tak jumpa aku or tak cari aku. Walaupun pada dasarnya ibu aku yang tinggalkan aku dengan ayah. Dia yang minta, kalau ikutkan ayah taknak lepas pun. So, kira dia yang tinggalkan aku.. Tapi atas dasar prinsip syurga bawah tapak kaki ibu, aku rasa aku nak jumpa syurga aku.

Masa berjalan berganti hari, aku form 5 baru dapat jumpa. Awal jumpa tu biasalah jejak kasih, semua okey. Tapi lepastu ibu aku mula buat aku rasa sedikit rimas.

Otak aku yang belum matang masa tu berkecamuk be like dulu dia yang tinggalkan aku, sekarang dah jumpa dia cuba kongkong segenap kehidupan aku macam aku budak kecil.

Ibu aku cuba minta nombor ic aku, cuba minta slip exam aku. Motif? aku tak tau.
Sampaikan aku keluar dengan ayah aku pun dia kata kenapa tak bagitau dia.

Satu benda aku cuma anggap masa tu, ibu aku tak matang. Tak kisahlah umur lagi dewasa bukan penanda aras seseorang tu capai kematangan yang sepatutnya dalam hidupnya. Sebab? Aku tak tau. Korang buatlah research.

Sampailah aku tamat spm, aku dapat masuk sebuah universiti kat Malaysia tercinta ni. Jadi aku ni contact lah ibu aku untuk dapat restu je.. Tapi aku adalah sound-sound dia minta duit sikit. Bukan apa, aku kesian kat ayah aku yang bertungkus lumus belikan aku barang-barang nak masuk universiti. Aku dapat baju baru, kasut baru, handphone dan laptop baru. Sebab aku anak seorang boleh lah semua baru tapi aku rasa eh macam banyak pula ayah beli. Memang lah tu tanggungjawab dia, tapi aku terfikir kalaulah kami ni orang susah, macamana ya. Kat situ aku rasa kesian kat ayah aku.

Masa aku sound ibu aku (bukan sound menyindir ke apa, senang cerita aku memang minta lah dia hulur bantuan sikit) jadi dia hulurlah dalam beberapa ratus. Okey berhentilah sampai setakat itu, sampailah aku dah dekat universiti.

Masa aku nak masuk u ni, ayah aku yang risau lebih siap nangis. Berjaya jugaklah tangisan tu buat aku ingat kalau aku nak leka sikit.. Nak buat benda tak elok, teringat ayah.

Nak dijadikan cerita, satu hari tu hari ulang tahun ibu aku, tapi aku tak wish. Aku memang jarang wish birthday orang ni. Ayah aku yang jaga aku pun aku tak wish dia, lagilah orang yang aku jarang jumpa. Bukan masalah dia ibu kita atau bukan, tapi masalahnya kita baru je jumpa, kekok tu masih ada. Aku jenis orang yang ada kepentingan dalam hidup aku semua aku sumbat je nama dalam doa tiap kali solat. Tapi orang tak faham. Aku rasa indah betul bila nama aku ada yang nak sebut dalam doa. Nama aku orang kirimkan kesejahteraan dari Yang Paling Agung, sweet sangat aku rasa. Tapi malangnya orang tak faham konsep yang aku bawa.

Best sangatlah orang wish birthday tu konon. So apa jadi lepas tu?

Ibu aku merajuk, dia ungkit pasal pemberian dia. Aku ni pula jenis hati keras dan simpan dalam, mungkin sebab aku cara aku dibesarkan, aku kurang diberikan ruang untuk ekspresikan apa yang aku nak, aku tantrum aku yang kena marah balik, korang rasa? Jadi aku besar dalam keadaan suka pendam.

Jadi bila aku ternampak pasal ungkitan tu, aku pendam jelah. Tapi aku serba salah. Perlu ke aku pulangkan balik duit tu?

Ada lagi satu, berlaku masa hari raya. Ayah aku minta teman dia ada kerja luar. Jadi aku postlah dekat fb… Ibu aku sebut lagi pasal “sumbangan” beliau yg dulu tu.

Lagi satu yang buat aku dilema bila dia sempat cakap aku bukan ciri anak solehah.

Ibu aku siap sindir keluar dengan ayah boleh, beri ucapan hari raya kat dia tak boleh dan masa tu di ruang komen fb adalah sesi sindir menyindir keluarga sebelah sana terhadap aku dengan ayah aku sampai buat aku block semua yang terlibat.

Ada juga “adik beradik angkat” yang sibuk masuk campur dalam sesi menyindir tu.. Sebelum aku block hantu tu, sempat jugalah aku bomb inbox dia masa tu. Inbox entahlah adik angkat ke kakak angkat ibu aku yang wall tak habis-habis menayang unsur ketuhanan, tapi perangai harammmmm.

Siap lagi time aku bomb inbox dia pura-pura pula tak kenal aku. Tiba-tiba tanya, maaf awak siapa ya, saya tak kenal. Tetiba jadi bodoh, aku tak kiralah masa tu umur kau 40 tahun ke 100 tahun ke aku hantar screenshot sesi sindir menyindir diaorang tu. Baru aku block. Sempat jugalah dia cakap aku biadap. Peduli sana, dia yang biadap. Orang luar sibuk masuk campur.

Sampai sekarang dah 2017, aku tak lagi contact dengan ibu aku. Bukan niat aku untuk memutuskan silaturrahim. Fb ni pun medium pemgantara je kan. Kalau takde fb, tak juga dapat contact. Tapi bila dah jadi macamni, aku menjauhkan diri tanpa niat memutuskan mana-mana silaturrahim cuma aku nak elakkan keadaan jadi bertambah keruh apatah lagi apabila melibatkan ayah aku. I know my father well so akuntak suka sapa-sapa pun sentuh pasal ayah aku. Aku cuma nak minta pandangan korang,

1. Patut ke aku pulang kan balik “sumbangan” ibu aku tu?

2. Aku ni anak derhaka ke bila ibu aku label aku bukan anak solehah sedangkan hidup aku sampai sekarang Alhamdulilah, full of blessings; tapi bila teringat pasal benda ni, tiba-tiba aku takut kalau-kalau aku ni sebetulnya dapat istidraj.

Mohon penjelasan.

– MNRS

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

No comments