Apabila Hati Terbuka
Assalamualaikum,
Saya Cik Putih yang pernah kongsi beberapa pengalaman saya di page ni. Kepada yang tak pernah baca kisah saya, pendek cerita nya saya ni seorang pelajar malaysia yang sedang belajar di luar negara. Saya kongsi kisah2 yang saya alami sepanjang saya tinggal di negara asing ni.
Post saya sebelum ni bertajuk “Apabila hati tertutup” mengenai bagaimana saya berkenalan dengan seorang bekas muslim Ali, yang menjadi atheist. Saya sentiasa tak senang hati sejak kejadian tu. Tak tipu, tak tenang tidur, kadang2 takut kalau jadi pada saya.
Cerita kali ni mengenai seseorang yang saya kenal sebelum jumpa Ali tu lagi. Dalam beberapa bulan waktu saya awal2 sampai negara asing ni saya kenal dia ni. Kisahnya macam ni, suatu hari tu saya agak stress dengan kerja2 yang menimbun, jadi lepas lecture habis saya beli takeout coffee sambil stroll dekat taman berhampiran rumah. Kalau di sini tak rasa takut nak jalan sorang2, lagipun pakai tudung kan memang takda orang nak catcall ke apa.
Okay, balik ke kisah tadi. Tengah jalan2 kat taman tu saya termenung kat tasik sambil bagi makan angsa dan swan. Ni antara hobi saya dan sangat release stress. Beli makanan burung dan bagi makan mereka after kelas dan lecture. Tiba2 muncul seorang makcik ni tengah bagi makan burung2 tu juga, umur makcik dalam 30an nak ke 40 kot, saya tak reti nak agak. Dia bagi roti, kalau anda semua tahu bagi makan roti pada angsa or itik ni sebenarnya tak elok. Google lah kenapa ye, panjang pula nak explain di sini kan.
Jadi saya membuat kepututsan untuk tegur makcik tu elok2. Makcik ni orang local aka British. Saya cerita kat dia mengenai kenapa roti ni tak elok untuk burung2 tu. Ingatkan dia nak marah saya, tapi dia terima je teguran saya ni. Muka dia nampak risau juga lah. Saya yang jadi serba salah.
Lepas tu dia pandang saya beberapa saat tanpa kata apa2. Kemudian dia tanya saya, tak takut ke pakai hijab kat negara barat ni. Macam2 kes yang jadi di Europe ni yang menampakkan Islam sebagai agama yang jahat. Saya dalam hati dah terfikir, menyesal pulak aku tegur makcik ni. Tak pasal2 ditanya soalan macam ni pula. Baru nak cari alasan untuk larikan diri dari soalan tu, makcik ni cakap lagi.
“oh, don’t get me wrong dear. I’m myself a muslim too. I just do not have the gut to wear a hijab yet”
Terkejut saya dengar, lah makcik ni muslim juga rupanya. Dan rupanya dia juga student Phd di uni saya. Cuma tak pernah bertembung lah kot. Saya hanya sembang2 kosong dengan makcik ni, oh ya lupa nama dia kata lah Auntie Anne macam pretzel tu. Bukan nama betul dia lah ye.
Saya ada tersempak dengan dia di uni lepas beberapa hari. Dia ajak minum2 dan siap offer nak belanja minum lagi. Saya ni orang dah nak belanja, tak kan nak tolak kan. Kemudian Auntie Anne cerita kisah dia macam mana dia boleh masuk Islam.
Dia cerita perkara yang buat dia ingin belajar pasal Islam selepas kejadian 9/11 . Auntie Anne ni jenis berpendidikan kan, jadi dia suka mengkaji benda sampai dapat tahu kebenaran sebenar. Lama juga dia kaji Islam ni. Ditakdirkan Allah buka hati dia untuk terima Islam.
Auntie Anne kata dia tak dapat nak explain betapa indahnya perasaaan bila mula2 dia decide untuk revert ke agama Islam. Dulu dia tak kenal ramai muslim, populasi muslim di UK tak seramai sekarang. Jadi pada awal2 tu dia macam tak tau nak rujuk siapa. Tapi dengan pertolongan Allah, dia jumpa seorang perempuan muslim ketika dia jalan2 di grocery store berdekatan dengan perumahan dia.
Perempuan tu lah yang banyak membantu Auntie Anne dalam journey dia mempelajari Islam. Auntie Anne kata saat dia mengucap kalimah syahadah buat pertama kalinya adalah sangat2 indah. Buat pertama kali setelah beberapa tahun Auntie Anne merasa ketenanagan yang teramat sangat. Ya Allah time dia cerita tu saya sangat2 terharu rasa nak nangis. Ayat dia lagi sedap lah kan, saya ni pun ingat2 lupa je cara dia cerita.
Auntie Anne tanya saya, apa perasaan saya ketika mula2 memeluk Islam. Saya tak dapat jawab soalan dia, jadi saya hanya bagitahu bahawa saya lahir dalam keluarga Islam. Dia hanya angguk kepala dan kata betapa bertuah nya saya.
Betul bertuah kita yang dah lahir Islam ni, tapi cuba tanya diri masing2 berapa kali dalam sehari korang rasa bersyukur lahir dalam keluarga Islam? Ke sibuk sangat dengan hal dunia lupa antara nikmat terbesar kita, orang lain sibuk mencari kebenaran. Kita yang dah tahu kebenaran ni, kadang2 sibuk nak mempersoalkan lagi kebenaran tu.
Auntie Anne kata sampai sekarang dia tak pernah menyesal masuk Islam. Keluarga dia? Dia kata keluarga dia ni religious juga lah. Cuma Auntie Anne kata keluarga dia makin liberal, kerana beberapa tahun lepas ada seorang adik lelaki dia ni coming out depan keluarga, siap kenalkan pakwa dia. Auntie Anne ingat parents dia akan marah, tapi mereka terima sahaja adik lelaki dia. Sebagai keluarga Christian yang religious Auntie Anne terkejut parents dia accept adik lelaki dia macam tu.
Lepas tu baru Auntie Anne berani untuk mengaku dia sudah memeluk Islam. Akan tetapi keluarga dia ambil masa juga untuk terima. Tapi takda lah sampai tahap nak pulau ke apa. Auntie Anne telah merahsiakan mengenai penukaran agama dia ni agak lama juga lah.
Sampai sekarang dia masih tidak berani untuk berhijab. Ramai juga kawan2 dia yang masih tidak tahu. Dia takut nanti nak cari kerja susah kalau employer tahu agama dia. Dia pernah kerja di company besar sebelum sambung Phd. Memang di situ tak ramai langsung orang agama Islam. Auntie Anne kata buat masa ni dia ingin merahsiakan sahaja diri dia yang Islam ni dari orang sekeliliing dia. Tapi, dia sudah beranikan diri untuk berhijab ketika bercuti di luar negara sorang2, Auntie Anne suka perasaan pakai hijab katanya. Dia akan cuba suatu hari di sini, cuma belum masanya lagi.
Maaflah cerita panjang2 ni. Sebenarnya banyak lagi cerita. Tapi dah penat menaip, dengan macam2 typo nya. Oh ya, saya dah kenal lama juga Auntie Anne ni, perkara yang kami sembang2 di atas tu tak berlaku dalam satu hari ye. Berkali2 kami jumpa di uni ni, sembang2 kosong sambil tanya perkembangan dia dalam mendalami Islam.
Harap2 kisah ni ada lah memberi pengajaran kepada para pembaca.
Terima kasih bagi yang membaca sampai sini.
– Cik Putih
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Post a Comment