Remaja OKU dirogol 2 kenalan bapanya yang datang menumpang di rumah



Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) lembam dirogol dua lelaki yang merupakan kenalan bapanya, lapor Harian Metro


Menurut bapa mangsa yang berusia 54 tahun itu berkata, dia hanya mengetahui kejadian yang menimpa anaknya selepas mangsa mengadu sakit perut dan pinggang ketika mereka berada di kampung baru-baru ini. 


Difahamkan, mangsa dibawa oleh bapanya bertemu dengan bidan kampung yang kemudian memaklumkan anaknya mungkin pernah melakukan hubungan seks. 


Terkejut dengan perkara itu, si bapa kemudian bertanya kepada anaknya sebelum mangsa mula mendedahkan perbuatan dua rakan lelaki bapanya yang ketika itu menumpang di rumah mereka di Bukit Jalil. 


"Mangsa juga memberitahu, dia dirogol beberapa kali oleh suspek ketika bapanya tiada di rumah," kata sumber kepada Harian Metro. 


Ekoran kejadian itu, bapa mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Jalil pada Selasa lalu untuk tindakan lanjut. 


Suspek masih belum ditahan dan polis sedang menjalankan siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

No comments