'Konon merajuk, nak jual akaun Instagram, tup-tup muncul balik & nak lancar MV hari ni' - Netizen dakwa Aliff terdesak mahukan perhatian



Semalam, ahli perniagaan yang suka meraih publisiti murahan, Aliff Syukri, mahu menjual akaun Instagramnya yang mempunyai 4.3 juta pengikut dengan harga RM500,000.


Aliff dikatakan merajuk dan mahu mengundurkan diri dari media sosial kerana merajuk setelah ditegur oleh ibunya dan netizen gara-gara memuat naik video teaser lagu buruknya 'Baby Sayang' yang menampilkan aksi-aksi tidak senonoh sekali gus sehingga membuatkan ramai yang meluat. 




Bagaimanapun, lelaki itu dilihat tidak dapat menahan dirinya daripada berdiam diri dan semalam dia memuat naik video dirinya menari dengan batang mop dipercayai sebagai sindiran ditujukan kepada pihak/individu yang memberi teguran terhadapnya. 


Video itu turut disertakan dengan kapsyen, "Ok kalau macam ni, ok tak awak? Nantikan besok 12 tengah full mv yaa." katanya yang turut nekad melancarkan muzik video Baby Sayang. 



Kemunculan semula Aliff di Instagram mengundang rasa meluat netizen yang majoriti mengakui bosan dengan sikap lelaki itu gemar mencipta kontroversi sehingga sanggup mengadai maruah dan memalukan keluarganya demi mendapatkan perhatian. 


Selain netizen, ibunya, Rozita Ibrahim, turut meluahkan rasa kesal dengan sikap Aliff yang dikatakan lebih mementingkan pihak pengurusan lagu berbanding tegurannya tempoh hari. 


"Allah, kebulur sangat dengan lagu, Kri? Tak habis lagi! Tak aman hidup mak, Kri. Kau nak mak mati sebab tak tahan fitnah? Kau lebih pentingkan management recording dari mak sound. Setakat saman RM50,000, itu pilihan kau ya?


"Kau ni memang tak makan saman, kan? Mak ngeri nak baca dengan fitnah, yang kau pula selama, tak serik-serik. Kalau mak nampak ada artis perempuan atau kau pegang tangan perempuan, mak haramkan kau cari mak. Manusia kebal betul kan, kan! Kami semua terpalit," luahnya. 




Begitulah manusia pada zaman ini yang hanya pandai berjanji untuk berubah, tetapi hanyalah sekadar gimik untuk mendapatkan perhatian bagi menjana pendapatan di media sosial, biarpun terpaksa memperdayakan pengikutnya tanpa mengira soal halal haram hasil keuntungan yang diterima. 


Benarlah kata orang, di mata kasar orang seperti ini kelihatan hidup dengan aman dek harta tak habis entah berapa keturunan. Tapi dalam diam, Tuhan menarik nikmatnya iaitu nikmat takut pada dosa dan terus terlanjur melakukan perbuatan yang haram.

No comments