Pesakit psikiatri maut terjatuh dari tingkat empat di pasar raya Alor Setar
Seorang lelaki warga emas berusia 65 tahun dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat empat sebuah pasar raya di Alor Setar, Kedah.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Sukri berkata, mangsa maut akibat kecederaan parah di bahagian kepala dalam kejadian yang berlaku pada jam 10 hingga 10.30 pagi.
Menurut pengawal keselamatan pasar raya berkenaan berkata, mangsa terdahulu dilihat berada dalam keadaan mencurigakan di tingkat empat bangunan itu. Dia kemudian cuba mendekati mangsa untuk membantu, tetapi warga emas terbabit terus terjun.
Polis mengklasifikasikan kejadian itu sebagai kes mati mengejut, tetapi bergantung pada hasil bedah siasat terhadap mayat mangsa.
Keluarga mangsa juga memaklumkan, lelaki itu mempunyai kad rawatan psikiatri Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dan baru sahaja menjalani rawatan susulan di hospital tersebut pada Isnin lalu.
Mangsa yang masih belum berkahwin dikatakan kerap datang ke lokasi bersendirian. Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik HSB untuk bedah siasat.
Sumber: Harian Metro
Post a Comment