Lelaki bina rumah banglo untuk 8 isterinya - 'Mereka (isteri) perlukan perhatian saya'



Seorang lelaki mendedahkan dia sedang membina 'Rumah Cinta' untuk lapan isterinya. 


Arthur Urso mula menjadi perhatian ramai selepas dia secara terbuka menyatakan bantahan terhadap monogami dan kebebasan seksual. 


Model dan influencer dari Brazil itu dilaporkan berkahwin dengan sembilan wanita dalam satu majlis perkahwinan sebelum salah seorang daripada mereka mengambil keputusan untuk mengundurkan diri. 


Arthur berkata, sejak berkahwin ramai, dia terpaksa membuat jadual untuk bersama dengan isteri-isterinya sebelum membatalkan sistem berjadual itu dan membiarkan perhubungan itu 'berlaku secara semula jadi'. 


Kini, Arthur sedang gigih membina 'Rumah Cinta' untuk lapan orang isterinya. 


"Mereka semua meminta perhatian, kasih sayang dan seks yang menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian kita dan saya tidak boleh melakukan lebih untuk satu daripada yang lain". 


Arthur mendakwa, bil perbelanjaan dari semua isterinya adalah banyak tetapi dia menegaskan bahawa dia mampu menanggung perbelanjaan isi rumahnya yang besar. 


Setakat ini, Arthur telah memulakan pembinaan di sebidang tanah seluas 700 kaki persegi yang diilhamkan dari Rumah Agam Playboy. 


Bagaimanapun, ramai pihak yang tidak senang dengan gaya hidupnya. Arthur mendapati, dinding rumahnya yang bakal dibinanya itu telah diconteng dengan mesej yang menghalau dia dan isterinya dari penempatan itu. 


"Keluarga syaitan, pergi dari sini! Kamu tidak dialu-alukan!" - mesej yang diconteng pada dinding rumah. 


Arthur mengecam tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab itu dan menegaskan bahawa dia hanya ingin menjalani kehidupan yang aman damai. 


"Selepas bangun dan membuka pintu untuk pekerja pembinaan, saya diberitahu bahawa dinding rumah agam itu telah diconteng! 


"Saya akan cari siapa yang melakukan perbuatan itu dan akan mengambil tindakan sewajarnya. Saya tidak melakukan apa-apa kesalahan dengan membina rumah untuk diri saya dan isteri saya. Kami hanya mahu kehidupan yang aman," katanya. 


Sumber: Daily Star

No comments