'Berhenti baca konspirasi sampah di FB' - KJ gesa orang ramai segera dapatkan dos penggalak untuk melindungi diri
Kadar penularan Covid-19 di Malaysia masih mencatatkan lima angka dan pelbagai usaha telah digandakan oleh pihak berkuasa untuk merancakkan lagi program vaksinasi demi menyelamatkan nyawa rakyat.
Namun, tindakan segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab menyebar informasi tidak tepat mengenai dos penggalak (booster) sekali gus menghalangkan usaha kerajaan untuk mengurangkan kadar jangkitan yang saban hari meningkat.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, menggesa orang ramai tidak mengendahkan sebarang konspirasi sampah mengenai dos penggalak yang sedang giat disebarkan tanpa fakta di media sosial.
Khairy turut berkongsi graf yang menunjukkan kadar kematian lebih tinggi berlaku dalam kalangan yang masih belum mengambil vaksin, berbanding mereka yang telah lengkap vaksinasi dan dos penggalak.
"Keberkesanan booster menghadapi gelombang Omicron. Booster memberi perlindungan yang terbaik daripada kematian dan gejala serius Covid-19.
"Berhenti membaca cerita konspirasi sampah di Facebook. Lindungi diri, dapatkan dos penggalak," ciapnya di Twitter semalam.
Keberkesanan booster menghadapi gelombang Omicron.
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) February 20, 2022
Booster memberi perlindungan yang terbaik daripada kematian dan gejala serius COVID-19.
Berhenti membaca cerita konspirasi sampah di FB. Lindungi diri. Dapatkan dos penggalak. pic.twitter.com/9u76qeJD8d
Post a Comment