Abang Viva tiba di Terengganu untuk bantu mangsa banjir
Pernah diangkat sebagai 'wira' ketika musim banjir Disember 2021, Abang Viva atau nama sebenar Azwan Omar, dilaporkan akan pergi ke Terengganu untuk membantu mangsa-mangsa banjir di negeri itu.
Berdasarkan gambar screenshot perbualan yang tersebar di media sosial, Abang Viva memaklumkan dia sedang melakukan persiapan untuk pergi ke Terengganu setelah mendapat maklumat dari netizen yang memaklumkan ramai mangsa banjir teprerangkap sehingga terpaksa memanjat bumbung untuk menyelamatkan diri.
"Dah baca. Terima kasih bagi info. Saya pun tengah bersiap ni," tulisnya dalam perbualan itu.
"Terima kasih bang. Sekarang Kampung Lubuk paip masih ramai terperangkap atas bumbung rumah. Diorang perlukan bot besar. Semoga perjalanan abang selamat dan dilindungi Allah," kata netizen berkenaan.
Ramai netizen netizen mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan dan dilindungiNya. Menurut sumber, Abang Viva serta rakan-rakan seperjuangannya baru sahaja tiba di Hulu Terengganu.
Senyuman penuh makna dari seorang hero rakyat. Alhamdulillah beliau dan geng selamat sampai di Hulu Terengganu sebentar tadi. - Viral Media Johor |
"Alhamdulillah, semoga Abang Viva dipermudahkan oleh Allah untk membantu mangsa-mangsa banjir dengan mudah dan semudah-mudahnya. Amiin. Terbaik!" kata Saribanun.
Sumber: Viral Media Johor
Post a Comment