Nak cari 'call girl' di WeChat untuk berseronok, sekali terlanggan kekasih sendiri


Seorang lelaki berusia 20 tahun dari Hubei, China, terasa sunyi pada malam kejadian selepas pulang dari makan malam bersama rakannya. 

Lelaki yang dikenali sebagai Jie, kemudian mahu mencari perempuan di WeChat untuk berseronok. 

Selepas membuat pilihan, Jie membuat transaksi sebanyak 400 yuan (RM240) kepada perempuan itu dan memberi alamat dan nombor biliknya. 

Setengah jam kemudian, pintu bilik diketuk dan Jie membuka pintu. Alangkah terkejutnya apabila dia mendapati teman wanitanya berada di depan mata dengan wajah yang bengis. 

Pada saat itulah Jie tersedar dia rupa-rupanya tersilap hantar mesej, malah dia juga terhantar duit bayaran itu ke akaun teman wanitanya sendiri. 

Akibatnya, wanita itu mengamuk dan memarahi Jie tanpa henti sambil menjerit-jerit. 

Jie cuba mempertahankan dirinya tetapi tindakannya itu bagaikan mencurah petrol ke dalam api yang kemudian berakhir dengan kedua-duanya saling jerit-menjerit. 

Kejadian itu diketahui oleh pihak hotel yang terus menghubungi pihak berkuasa untuk meminta bantuan. 

Tetapi polis hanya memberi kaunseling kepada pasangan terbabit yang akhirnya akur dan akan menyelesaikan permasalahan mereka dengan cara baik. 

No comments