'Yang bantah Netflix ditapis, tak sayang kanak-kanak'
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Ahmad Idham Ahmad Nadzri baru-baru ini mengeluarkan kenyataan isi kandungan program Netflix perlu ditapis kerana bimbang akan memberi kesan negatif kepada generasi masa depan.
Susulan kenyataan itu, netizen pula mengaitkan kenyataan itu dikeluarkan 'ada udang di sebalik batu' apabila gambar Ahmad Idham bersama pihak Aflix - saluran baru digital yang memberi kandungan beretika kepada pengguna.
Ramai netizen yang tidak berpuas hati dan mendakwa usaha kedua-dua pihak itu seperti mahu menjatuhkan Netflix untuk kepentingan diri.
Namun Ketua Pegawai Eksekutif Aflix, Mohd Fadzil Hashim membidas dakwaan itu dan menganggap golongan yang menentang usaha menggesa kerajaan menapis isi kandungan program Netflix itu membawa mesej yang tidak baik kepada generasi muda.
"Mereka yang marah dengan cadangan untuk menapis kandungan Netflix, tidak sayangkan kanak-kanak," katanya memetik laporan dari The Malaysian Insight.
Kenyataan itu membangkitkan lagi kemarahan netizen yang menyifatkan kenyataan itu mengarut, sedangkan ibu bapa sepatutnya mendidik anak tentang apa yang baik dan buruk.
Sumber: The Malaysian Insight
Post a Comment