'Bayar RM40.14, Seller Shopee China nak refund RM8.55 je?!' - Tips berguna, seller paling takut kalau buyer tekan button refund


Jika dulu, segala keperluan dan kehendak perlu dibeli di kedai atau pasar raya tertentu. Tetapi, ternyata berbeza pada zaman sekarang apabila teknologi mendominasi segala-galanya. 

Shopee dan Lazada antaranya satu pasaran dalam talian yang dibangunkan untuk memudahkan pengguna. Walaupun terdapat banyak kelebihan yang diperolehi bagi kedua-dua pihak, sebagai pengguna juga perlu berhati-hati dan mempertahankan hak anda sebagai pengguna.

Wanita ini antara mangsa yang terkena dengan penjual Shopee dari China. Tetapi, dia bertindak dengan bijak apabila dia mempertahankan balik haknya. Perkongsiannya diharap dapat membantu pembeli-pembeli agar tidak tertipu dengan kes-kes sebegini.

INI pengajaran untuk kita yang order barang Shopee dari China. Seller shopee dari China sahaja, bukan seller dalam Malaysia. Apa perlu buat jika kita dapat barang yang salah atau terima barang yang rosak, kemek, pecah atau kualiti barang yang kita terima tak cukup? Teruskan berjuang! Jangan termakan pujuk seller. Seller paling takut bila buyer klik button refund. Ini ketakutan terbesar seller Shopee dari China.

Kes saya, order barang pada 5 haribulan. Dapat barang dalam masa yang sangat lama iaitu 16 haribulan. Bila buka parcel yang dihantar, rupanya seller salah hantar barang. Salah saiz. Saya order beg saiz besar tapi dapat kat tangan saya ni saiz kecil. Kerugian dua kali ganda. Masa ini jangan tunggu lama. Terus klik button refund.  Maksudnya, kita nak duit kita balik.


Bila beritahu seller, seller tak mengaku yang dia hantar barang salah. Dia kata dia hantar saiz yang betul. Ohh jeng! Seller minta gambar packaging dan saya beri gambar barang beserta ukuran dan nombor packaging tapi seller tetap tak nak bagi refund pada mulanya sebab bermati-matian kata dia hantar saiz yang betul.

Saya contact Shopee guna live chat. Pihak Shopee suruh tunggu saja. Okey. Boring. Jangan guna live chat. Sia-sia je sebab tiada penjelasan terperinci dari staff Shopee yang guna live chat. Nak tunggu sampai bila?

Seller sepatutnya membayar balik pada saya: RM40.14, tetapi seller cakap dia nak refund RM8.55 saja! Tak masuk akal. Part ni korang jangan pi cancel refund pula dan terima refund dia yang berharga RM8.55 tu. Jangan termakan pujuk seller, kononnya nak settle cepat.




Sila teruskan perjuangan mempertahankan duit kita dengan cara contact shopee di talian +60327779222, bukan contact seller. Seller akan merapu-rapu nak juga kata dia saja yang betul.

Saya dapat staff Shopee yang sangat baik yang ajar saya jangan klik button cancel refund jika seller masih tidak mahu confirmkan pulangan balik duit kita selama empat hari kerana seller hanya ada dua pilihan saja bila kita buyer dah klik button refund: Reject dan Accept.

"Apa jadi kalau seller klik button Reject? Adakah saya tak dapat duit saya balik? Walhal seller yang salah sebab hantar barang yang salah," saya tanya staff Shopee.

"Sekiranya seller klik button Reject, kami akan menghantar email kepada Seller dan Buyer untuk investigate kes ini. So Cik Sha tak perlu risau sebab gambar barang yang Cik Sha bagi kami ni semua dah cukup kuat," jawab staff Shopee.

So kes salah hantar barang / barang rosak / tak cukup kualiti, kita perlu hantar gambar bukti pada shopee:
  1. Snap gambar parcel yang belum dibuka. Ini penting tau.
  2. Snap gambar details penghantaran yang ada nama, alamat seller dan buyer pada parcel.
  3. Snap gambar parcel yang telah dibuka beserta gambar barang yang salah / barang rosak / barang tak cukup kualitinya. Jika barang tu salah saiz, sertakan tali ukur sekali pada barang tersebut.
  4. Screenshot ordering kita pada Shopee beserta details pembelian kita (jenis barang, ukuran)
  5. Kalau ada nombor packaging, snap sekali gambar nombor packaging.

Lepas klik button pemulangan refund, sertakan sekali gambar-gambar di atas sebagai bukti anda tidak salah. Lima gambar di atas menunjukkan bukti yang sangat kuat!



Alhamdulillah! Saya dah buat dan akhirnya seller refund juga setelah empat hari berjuang dalam chating. Apa jadi bila seller klik button accept refund? Barang yang ada di tangan kita itu adalah percuma dan telah menjadi hak kita secara automatik. Ini yang staff Shopee beritahu saya berkenaan barang yang ada di tangan saya. Sebab itu seller paling takut bila buyer klik button refund. Ini ketakutan sebenar seller Shopee dari China.

Jika Shopee kata pulangkan barang refund tersebut, bukannya perlu pos semula ke China tapi hanya di Shah Alam, kata staff Shopee dalam talian semalam. Ingat ya. Ini berkenaan seller shopee dari China saja. bukan seller dalam Malaysia.

No comments