'Bila anak tak dapat join kem, cikgu b*d*h inilah yang bayarkan' - Guru kecewa ibu bapa gemar salahkan warga pendidik, padahal...


Tugas seorang guru dilihat luaran seperti tugas yang mudah, tetapi mendidik anak bangsa untuk menjadi orang yang berjaya banyak perkara yang perlu dikorbankan oleh seorang guru seperti ungkapan yang seringkali disebut, guru ibarat lilin yang membakar diri menerangi kegelapan yang lain. 

Jika dulu, guru sangat dihormati bukan sahaja dalam kalangan pelajar, malah ibu bapa dan masyarakat turut sama menghormati tugas sebagai pendidik ini. Tetapi kini, guru seolah-olah dipandang hina dan dikeji oleh masyarakat, tambahan pula segalanya kini dihujung jari, mengkritik tanpa rasa bersalah.

Seperti luahan guru ini di dalam statusnya di Facebook, dia juga terasa hati dengan sikap ibu bapa dan masyarakat yang tiada adab mengkritik tugas seorang guru.

YA, saya seorang cikgu. Ya, waktu saya sakit saya masih ke sekolah. Waktu saya kena serangan hypokalemic periodic paralysis, saya masih memanjat tangga tingkat tiga untuk mengajar. Tak sakit ke? Gila tak sakit!

Tapi rasa lebih sakit bila terbaca satu post yang penuh emosi memanggil cikgu-cikgu dengan panggilan 'cikgu b****.'

Pasal graduasi, dipanggil cikgu b****. Pasal jamuan, dipanggil cikgu b****. Pasal meraikan pelajar berjaya, dipanggil cikgu b****. Pasal kutip duit seringgit untuk beli hadiah bersara, dipanggil cikgu b****.

Pendek kata apa jua isu yang berlaku, adalah kerana cikgu. Cikgu ni b****lah. Wahai puan-puan yang cerdik pandai, usahlah hantar anak kamu kepada kami. Didiklah sendiri. Kang terjangkit b****nya nanti besar pulak bala yang menanti.

Puan-puan tak tahu saban kali ada murid yang datang mengadu:

"Cikgu, duit saya hilang." Cikgu b**** ni seluk handbag dan gantikan.

"Cikgu, mak belum datang ambil."

Cikgu b**** ni tengok jam dah lewat petang lepas tu tanya, rumah awak kat mana meh cikgu hantarkan.

"Cikgu, saya tak dapat join kem ni sebab mak tak ada duit"

Cikgu b**** ni pandang tepat ke dalam mata murid dan berkata, “Tak apalah, awak datang je kem tu, sayang sangat kalau awak tak masuk. Takpelah cikgu bayarkan."

Murid berminggu tak datang sekolah, cikgu b**** yang preggy 6 bulan panjat tangga rumah flat ketuk pintu tanya kenapa awak tak datang. Murid baru bangun tidur terpisat-pisat menggosok mata dengan parent ada di sebelah.

Mak saya sangat bangga bila saya jadi cikgu dulu. Tapi kini saya sering bagitau mak yang saya dah letih jadi cikgu. Tak semua parent yang tak hargai kami, ada yang pekertinya mulia sekali. Tapi, dipanggil b****. Ish adab dah ke mana?

Kamu kata kalau tak buat jangan terasa, masalahnya kamu sebut cikgu. Kami semua bergelar cikgu! Waktu saya warded kerana hypoKPP, saya masih marking paper di hospital.

Rata-rata doktor yang datang ambil darah saban hari akan tanya:

"Best tak jadi cikgu?"

Aish nak senyum dan jawab rasa serba tak kena. Jiwa cikgunya masih ada, tapi sudah hampir mati rasanya!

No comments