'Jahanam kereta aku, dahlah mahal' - Ramai yang dah terkena dengan bengkel servis air-cond ni


Pada zaman ini, amatlah sukar untuk mencari pihak yang jujur dalam memberi perkhidmatan yang berkualiti dengan harga berpatutan. Ada saja yang mengambil kesempatan mengenakan bayaran tinggi untuk perkhidmatan kecil. 

Semalam, seorang pengguna Facebook Ata Krp memuat naik luahan ketidakpuasan hatinya terhadap sebuah bengkel yang memberi khidmat menyelenggara pendingin hawa kereta. Seperti biasa, pengadu bertanya tentang kos sebelum bersetuju menggunakan khidmat bengkel tersebut. 

Harga telah diberi dan pengadu bersetuju. Tetapi sebaliknya yang berlaku apabila pengadu dikenakan harga yang tinggi dengan alasan yang tidak masuk akal. 

MAAF, terpaksa viral untuk kebaikan semua. Rajin-rajinlah membaca. 

Okey, ada satu cerita. Kedai ini kalau boleh janganlah singgah sebab saya dah terkena. Mula-mula datang tanya tauke, berapa kos untuk tukar radiatror kereta. RM90 katanya, okey dan saya setuju. 

Selepas itu dia suruh orang ambil kereta dan hantar ke kedai lain. Bila dah, dia pasang balik, tiba-tiba kata hos pula rosak. Okey, tukarlah hos. Saya tanya berapa kos untuk itu? RM70 katanya. 

Selepas siap, total keseluruhannya menjadi RM470. Jadi, saya tak puas hati sebab dah terang-terang menipu dan harga caj yang dikenakan tak masuk akal langsung. 

Malam hari kejadian, saya datang semula untuk tuntut balik wang saya sebab rasa tertipu. 

"You buka balik you punya barang. Saya nak saya punya duit semula atau you bagi duit baki saya balik" 

Berlaku sedikit pertengkaran di antara kami. Dia ni pandai, bila kita leka, dia akan pasang benda lain. Kemudian kenakan caj terhadap kita, sedangkan dia tak pasang. Ada sedikit bukti bagi menyokong dakwaan saya. 




Orang ramai khususnya golongan wanita yang tidak begitu mengerti mengenai perihal kenderaan dinasihatkan berhati-hati apabila mendapatkan khidmat dari bengkel. Sekiranya tidak tahu, rujuklah dengan ahli keluarga atau kenalan yang mempunyai pengetahuan mengenainya. Elakkan dari menjadi mangsa pengusaha bengkel yang tidak bertanggungjawab. 

Sumber: Ata Krp

No comments