'Duit dalam akaun tinggal RM13.50 je' - Suami terkilan, isteri shopping sakan sempena 11.11 guna duitnya tanpa izin


Di China, suami kecewa kerana isterinya berbelanja sehingga RM170,000 sempena jualan promosi 11.11 di gedung online baru-baru ini. Lelaki itu sangat tertekan dan bingung memikirkan bagaimana dia hendak membayar amaun tersebut dan mahu membunuh diri dengan terjun dari tingkat 33. 

Di laman Facebook Kisah Rumah Tangga semalam juga menerima luahan dari si suami yang kesal dengan isteri berbelanja di Lazada sehingga baki dalam akaun bank berkurangan. Dan semua itu dibuat tanpa pengetahuan suaminya. 

"Salam admin. Isteri saya baru je beli belah sempena sale 11.11 dalam Lazada menggunakan bank saya. 

"Dia shopping tanpa pengetahuan saya. Habis duit dalam akaun bank saya dia kerjakan. Dalam bank saya ada RM90, kini hanya tinggal RM13.50. 

"Kini saya merasa hiba, sedih dan sebak terhadap perilaku isteri saya shopping tak ingat dunia. Air mata saya jatuh dengan sendiri apabila mengenang perangai isteri. 

"Kini duit dalam banyak saya hanya tinggal sedikit saja. Itu saja yang saya nak luahkan," katanya. 


Maka timbul persoalan, bolehkah seorang isteri itu menggunakan wang suaminya untuk berbelanja, lebih-lebih lagi jika ia untuk keperluan rumah?

Sebagai suami, hendaklah sentiasa memastikan semua perbelanjaan keluarganya mencukupi. Namun jika suami itu kedekut, maka isteri bolehlah mengambil duit suaminya tanpa pengetahuannya iaitu sekadar had yang mencukupi untuk perbelanjaan seharain seperti makan, minum dan persekolahan anak-anak sahaja. 

Sekiranya isterinya mengambilnya melebihi keperluan diri dan anak-anaknya, maka hukumnya adalah haram. 

Oleh itu, suami jangan culas untuk memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak. Isteri pula perlu bijak mengatur perbelanjaan kewangan sekiranya tidak bekerja dan tidak sewenang-wenangnya menggunakan wang suami untuk perkara tidak bremanfaat. 

No comments