(Video) 'Aku dok tau tu customer mu' - Lelaki pecahkan cermin lori, dakwa mangsa curi customer, beri harga murah



Seorang lelaki terpaksa menghadap amarah rakan yang dikenalinya sejak dari kecil gara-gara tidak berpuas hati dengan harga perkhidmatan lori yang dikenakannya. 


Menurut isteri mangsa, Nisa Suhaila berkata, suaminya baru sahaja memulakan perkhidmatan sewa logistik dan tidak menyangka terpaksa berdepan dengan situasi itu. 


"Baru je start (bisnes) transport. Bagi murah pun kena tuduh mencantas hok dia. Kalau tahu customer itu hok dia punya, tak layan dah. 


"Kita bagi harga lori kita, bukan nak potong hak orang. Gini ke kawan baik sejak kecik?" katanya. 


Berdasarkan video, mangsa menjelaskan bahawa dia tidak tahu pelanggan yang menghubunginya itu adalah pelanggan rakannya. Malah, dia mengenakan harga yang murah kepada pelanggan berkenaan juga berdasarkan saiz lorinya yang kecil. 


Tetapi rakannya tidak tetap tidak berpuas hati dan enggan menerima penjelasan itu. Dia turut mendakwa mangsa telah menjejaskan periuk nasinya sebelum mengambil spanar lalu memecahkan cermin depan lori mangsa, lalu beredar dari tempat kejadian. 


Mangsa: "Saya tak tahu itu pelanggan kamu. Sekarang ni, saya beri harga murah sebab..."


Rakan: "Tak boleh main cantas-cantas macam tu. Betul la rezeki masing-masing, kalau ramai buat macam tu, ramai yang akan main cantas-cantas (job) orang. Cuba kamu berada di tempat saya."


@niesaregae

semoga rezeki awk lgi murah suami .. sabarlah .. baru je start transpot .. bg murah pun kena tuduh catas hok dia . kalau thu cust tu hok dia punyaa xlayan dahhh … kita bg harga lori kita .. bkn nk potong hak org .. gini ke kwn baik jak kecik ??

♬ original sound - Nisaaasuhaila
@niesaregae Replying to @madi mohd arifin ♬ original sound - Nisaaasuhaila


Menurut mangsa, dia memberikan harga RM150 kepada pelanggan berkenaan kerana berdasarkan saiz lorinya yang kecil. Berbanding rakannya yang mengenakan harga RM300.


Tidak diketahui sama ada mangsa akan membuat laporan polis atau tidak. Di ruangan komen, netizen menggesa mangsa membuat laporan polis untuk tindakan lanjut. 


Sumber: TikTok Niesa Ragae

No comments