Kes RM109,350 lesap, Guru Besar beri alasan dah biasa keluarkan sendiri tanpa polis pengiring sejak 10 tahun lalu

Foto sekadar hiasan sahaja


Perkembangan terkini kes RM109,350 (wang bantuan awal persekolahan) yang dilaporkan hilang selepas dikeluarkan oleh Guru Besar daripada sebuah bank di Pekan Semenyih. 


LAPORAN BERKAITAN

  1. Wang Bantuan Awal Persekolahan RM109,350 yang baru dikeluarkan oleh pengetua, lesap dilarikan penjenayah
  2. 'Pengeluaran wang tunai lebih dari RM10,000 oleh pengetua sekolah perlu dapatkan khidmat polis pengiring'


Siasatan awal mendapati, mangsa memberikan alasan dia tidak meminta khidmat polis pengiring dalam urusan pengeluaran wang bantuan awal persekolahan kerana sudah terbiasa melakukannya secara sendirian sejak 10 tahun lalu. 


"Berdasarkan keterangan guru besar berkenaan, dia tidak membuat permohonan pengiring polis untuk transaksi pengeluaran wang berkenaan kerana sudah berpengalaman 10 tahun dalam mengendalikan situasi itu. 


"Sepanjang tempoh 10 tahun berkenaan, tidak pernah berlaku perkara sedemikian. Perkara ini menyebabkan saya merasa ralat kerana pihak sekolah boleh meminta bantan polis untuk mengiringi mereka selepas membuat pengeluaran wang di bank," kata Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan. 


Selain guru besar terbabit, polis jua telah merakam keterangan beberapa individu lain untuk membantu siasatan bagi mengenal pasti sama ada kes itu membabitkan kecuaian atau melibatkan 'orang dalam'. 


Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian turut diteliti bagi mengenal pasti individu yang keluar dan masuk dari bank tersebut. 


Sumber: Harian Metro

No comments