'Masuk rumah orang, Menteri tak reti bagi salam' - MP Pendang berkecil hati tak dijemput ke Majlis Penyerahan Projek Hospital Pendang
Bekas timbalan menteri sumber manusia itu berkata, Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor mahupun Exco Kesihatan, Dr Mohd Hayati Othman langsung tidak dijemput menghadiri program tersebut.
"Tiada siapa sangka seorang menteri bagai tidak peka atau lebih mudah idak pandai dan beradab dalam melaksanakan tugas. Apa alasannya kerajaan negeri tidak dijemput? Adakah hanya kerana politik yang tidak seiring dengan Kerajaan Pusat?
"Ini jelas menunjukkan betapa tidak pekanya seorang menteri yang seakan-akan memberi gambaran teladan daripada Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang beberapa kali mengadakan lawatan tanpa melibatkan pentadbiran di peringkat negeri. Mungkin suka gamaknya, tetapi sangat menjelekkan," katanya melalui hantaran di Facebook beliau baru-baru ini.
Jelasnya lagi, bukan menjadi satu kesalahan jika pemimpin daripada parti pembangkang dijemput dalam program sedemikian dan Dr Zaliha sepatutnya mengalamkan politik matang dan beradab dengan memberi 'salam' ketika masuk ke rumah orang.
"Apa salahnya jemput juga pemimpin-pemimpin parti yang lain kan? Kalau tak mahu melibatkan saya sebagai Ahli Parlimen pun tidak mengapa. Tetapi saya pun nak tengok pembangunan yang dibawa untuk rakyat di kawasan saya.
"Untuk pengetahuan, saya sendiri pernah terlibat dalam projek pembangunan Hospital Pendang terbabit. Dalam hal yang membawa kebaikan kepada rakyat, kementerian sepatutnya bersifat lebih terbuka dengan melibatkan semua pihak tanpa mengira ideologi politik. Kerana apa? Kerana ia adalah untuk rakyat, demi rakyat," katanya.
Bagaimanapun di ruangan komen, netizen menempelak Awang yang dikatakan juga melakukan perbuatan yang sama semasa menjadi Timbalan Menteri Sumber Manusia.
"Teringat event di Pengerang dan Educity. Exco Negeri Johor langsung tidak dijemput walaupun event tersebut berkaitan ekonomi dan pendidikan. Anda sudah lupa? Anda juga berperangai begitu semasa menjadi Timbalan Menteri," kata Abd Hafiz Baharudin.
Sumber: Harian Metro, Facebook Awang Hashim
Post a Comment