'Ini standard saiz ayam goreng sekarang?' - MP Kepong tegur restoran KFC jual ayam goreng kecil, tak sampai 24 jam terus dibalas



Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng, semalam memuat naik ciapan mengenai saiz ayam goreng dari sebuah restoran terkemuka yang dikatakan semakin mengecil, mengundang pelbagai reaksi netizen. 


"Saiz lebih kurang paket sos. Saya dah lama tak makan (ayam) @KFCmalaysia, adakah ini standard size ayam goreng sekarang? Saya ada terlepas apa-apa ka?" tulisnya. 



Pengendali Twitter KFC Malaysia mengambil maklum mengenai ciapan tersebut dan meminta Lim memberi maklumat mengenai cawangan restoran yang dikunjungi untuk tindakan lanjut. 


"Hi YB Lim Lip Eng, terima kasih kerana mengetengahkan isu ini. Kualiti produk dan kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami. Kami mohon jasa baik anda untuk DM nombor telfon dan restoran yang dikunjungi. Kami akan hubungi anda untuk fahami isu ini. Kesabaran dan kerjasama anda amat dihargai," kata KFC Malaysia. 



Tweet tersebut bagaimanapun menerima banyak reaksi netizen yang turut mengakui saiz ayam goreng restoran popular itu semakin lama semakin kecil dan tidak setimpal dengan harganya. 


Selain itu, netizen turut mempersoalkan ciapan balas KFC yang dilihat hanya membalas tweet terpilih, di mana kebanyakan tweet orang awam yang mengadu mengenai masalah yang sama tidak diendahkan. 


"Oh.. kau kalau orang VIP complain, kemain cepat response! I dah banyak kali tag @KFCmalaysia nak report some of the branches serve poor quality of chicken. Tapi tak pernah dapat response pun,"kata Arris. 


"Benda dah lama la orang komplain ayam kau tu kecik. Tapi apa tindakan? Memang tak ada SOP ke untuk saiz ayam?" kata Afifah. 



"Betul, dah berkali-kali kena tipu dengan KFC. Setiap kali beli, ingat dah berubah. Tapi masih diberi saiz dan kualiti yang teruk. Sekarang saya hanya pergi ke Texas Chicken untuk makan ayam goreng," kata Syaz. 


"KFC sekarang, dia punya kualiti tidak seperti KFC yang dulu. Saiz ayam goreng semakin kecil, rasa dah tak sesedap dulu. Pernah beli KFC, ayamnya tak rasa rempah, rasa macam makan ayam goreng biasa. Harga pun mahal," kata Schaz Hanani. 



Sumber: Twitter Lim Lip Eng

No comments