Video lelaki buat aksi tak senonoh atas katil sambil video call, mirip Ebit Lew viral di media sosial
Isu yang tercetus di antara Caprice, Nadir Al-Nuri dan Ebit Lew baru saja reda setelah masing-masing tampil memberi penjelasan panjang lebar. Namun kini timbul pula video seorang lelaki yang didakwa menyerupai pendakwah agama berkenaan berkelakuan tidak sopan di atas katil.
Terdahulu, ada beberapa individu termasuk selebriti dan influencer di media sosial memuat naik kenyataan yang seakan-akan memberi hint dipercayai berkaitan dengan isu yang sedang hangat diperkatakan di serata media sosial.
Caprice baru-baru ini memuat naik gambar iblis menjelirkan lidahnya dengan kapsyen "Standby for the truth Malaysia. Prepare yourself. It is coming. The devil lies, pretend and will sell you sweets. But Allah is the best planner. The time is near".
Begitu juga dengan Fadli Aziz, Firdaus Wong, Akhi Fairuz Al-Jengkawi, Cikgu Fadhli Salleh, Rahmat Ikhsan, Aiman Psikologi dan ramai lagi yang memuat naik kenyataan di media sosial masing-masing mengenai isu sexual grooming, seperti mahu ingin menyampaikan sesuatu kepada masyarakat.
Di media sosial, netizen pula memberikan pelbagai reaksi. Ada yang enggan percaya dan tidak kurang juga yang meminta video didedahkan untuk dinilai sendiri. Dalam masa yang sama, ada pihak yang mengambil kesempatan untuk mengumpul followers dengan meminta netizen mengikuti akaun media sosial mereka sebelum memberi video tidak sopan itu melalui mesej peribadi.
Semakan di Instagram Ebit Lew pada Selasa, 27 Julai 2021, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan berhubung dakwaan tersebut.
Sementara itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan pihaknya belum menerma pengesahan mengenai dakwaan video lucah dan gangguan seksual yang membabitkan seorang pendakwah. Malah tiada sebarang mangsa yang tampil membuat laporan membabitkan perkara itu.
TEKNOLOGI DEEPFAKE
Berkongsi mengenai video deepfake, Nik Izwan Kamel yang juga pakar teknologi (foto dan video forensik) berkata, ketulenan video boleh dikesan dengan pelbagai cara antaranya:
1. Cari benda yang tidak konsisten dalam pencahayaan mahupun warna pixel.
2. Ada tak titik buta dalam video tersebut atau secara terperinci kita juga boleh:
- Semak kadar glare atau pencahayaan yang tidak sempurna.
- Semak rambut atau bulu-bulu halus.
- Kelipan mata berlebihan atau biasa.
- Ekspresi muka yang pelik.
- Elemen saiz objek di muka sekata dan mengikut ratio dan propotion yang sepatutnya.
- Kulit yang sekata tidak terlampau ketara mahupun terlampau smooth.
"Kebiasaannya video deepfake ini dibuat pada background yang statik atau bergerak sikit secara digital effect dan hanya objek bergerak. Untuk membuat video yang kedua-dua elemen tersebut bergerak secara aktif ianya tersangat kompleks. Memang padulah ilmu yang orang boleh buat macam tu.
"Jadi, hujah untuk memalsukan sesuatu video saya kira sangat dangkal jika pakar telah mengesahkan ia tidak disunting melalui method dan cara yang saya kongsikan di atas.
"Saya teringat tentang scandal Bill Clinton dengan Monica Lewinski dulu. Ketika itu masih tiada teknologi deepfake. Walaupun pakar-pakar telah mengesahkan yang gambar-gambar dan video-video mereka itu benar. Bill Clinton tetap menafikannya.
"Cara bijak Bill Clinton melawan persepsi tersebut adalah dengan mengupah lebih ramai orang melakukan video-video dan gambar-gambar yang disunting di antara dia dan Monica dan disebarkan. Media-media juga diupah untuk menyebarkan gambar-gambar dan video-video fake tersebut. Akhirnya, persepsi rakyat mengatakan ia fake dan Clinton survive dua penggal.
"Hari ini, makin payahlah nak buat macam tu. Komunikasi semua ada timestamp dan orang tahu. Macam mana nak dapat alibi. Mungkin seseorang itu pernah call, pernah jumpa ada CCTV record, dan macam-macam lagi. Siasatan juga semakin holistik. Susah nak lari walaupun seseorang itu umpama Sai Baba di mata masyarakat. Yang salah tetapi salah.
"Jadi, keputusan pakar itu benar dan hasil siasatan pasti akan membenarkan. Pada penghujungnya, orang ramai buatlah keputusan nak percaya yang mana. Yang taasub akan kekal taasub. Seperti video HD di hotel itu, ada yang kata fake. Walhal pakar kata 99% bukan tampered, kalau ada orang boleh buat deepfake macam tu pastinya orang itu bukan manusia," katanya.
Sumber: Cari Forum, Utusan Online, IG Caprice, FB Nik Izwan Kamel
Post a Comment