Bayi usia setahun maut dilibas dengan parang oleh bapa saudaranya
Seorang bayi perempuan berusia setahun maut akibat ditetak oleh bapa saudaranya dalam pergaduhan di antara ahli keluarganya pada jam 12 tengah hari semalam di Kampung Parit Mahang, Jeram.
Menurut saksi kejadian yang tidak mahu didedahkan identitinya berkata, pergaduhan itu membabitkan adik beradik. Namun berjaya dileraikan salah seorang ahli keluarga yang datang ke rumah tersebut selepas menerima panggilan telefon.
Tidak berakhir di situ, suspek berusia 20-an keluar dari rumah dan masuk ke sebuah lagi rumah berhampiran yang dihuni oleh adik iparnya.
Suspek menyerang adik iparnya menggunakan parang panjang. Tanpa diduga, senjata tajam itu melibas kepala bayi perempuan berkenaan.
Suspek sekali lagi cuba menetak adik iparnya tetapi gagal apabila dia berjaya ditahan oleh ahli keluarganya. Mereka segera menghubungi polis yang kemudian datang ke lokasi untuk menahan suspek.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, siasatan lanjut sedang dilakukan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sumber: Harian Metro
Post a Comment