Golongan belia Korea Utara berdepan dengan hukuman mati jika guna loghat Korea Selatan
Kim Jong-un memberi amaran keras terhadap golongan belia di Korea Utara untuk berhenti menggunakan loghat Korea Selatan atau berdepan dengan hukuman penjara atau lebih teruk lagi, hukuman mati.
Kenyataan media yang dikeluarkan pemerintah menggesa golongan belia menggunakan loghat Korea Utara atau mereka boleh dikenakan hukuman yang tegas sekiranya ingkar.
Dalam pindaan terkini, Korea Utara telah memasukkan larangan penggunaan loghat Korea Selatan dalam undang-undangnya dalam senarai yang turut melarang rakyat di negara itu berpakaian mengikut fesyen negara luar dan gaya rambut mengikut trend negara lain yang dianggap tidak dapat diterima.
Rakyatnya telah diingatkan untuk berfikir sebanyak dua kali sebelum menggunakan ayat-ayat pasar dari Korea Selatan selepas mengeluarkan kenyataan bahawa budaya K-Pop adalah barah yang boleh merosakkan golongan muda, pada bulan lalu.
Baca: 'Budaya K-Pop rosakkan generasi muda' - Kim Jong-Un
Yang Moo-Jin, profesor di Universiti Pengajian Korea Utara dalam temubual bersama Korea Herald Kim berkata, "Budaya K-Pop atau Barat amat mudah mempengaruhi generasi muda. Budaya ini boleh membebankan sistem. Untuk membendungnya, Kim berusaha mencegahnya sebelum perkara itu menjadi masalah di masa depan," katanya.
Disember 2020, Korea Utara memperkenalkan undang-undang baharu di mana sesiapa yang didapati menonton atau menikmati hiburan dari Korea Selatan akan dihantar berkhidmat di kem buruh selama 15 tahun.
Sesiapa sahaja yang didapati menyeludup muzik, pertunjukkan atau filem luar ke Korea Utara boleh dikenakan hukuman mati. Bagi mereka yang bbercakap, menulis atau menyanyi dalam gaya Korea Selatan juga akan dipaksa bekerja di kem buruh selama dua tahun.
Sumber: Daily Star
Post a Comment