Prasekolah, Tadika & Tabika dibenarkan beroperasi semula mulai 1 Julai
Kementerian Pendidikan juga telah menyediakan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang lengkap bermula sebelum kemasukan kanak-kanak, sewaktu belajar dalam kelas, cara bermain, waktu makan dan juga waktu pulang.
Bagaimanapun, perincian SOP tersebut akan dimaklumkan oleh Kementerian Pendidikan dalam masa terdekat.
Sementara itu, Presiden Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM) Anisa Ahmad berkata, kanak-kanak yang diterap dengan penjagaan kebersihan akan mempraktikkan amalan itu.
"Di tadika memang sudah diajar aspek kebersihan dan anak-anak memang amalkan basuh tangan ikut langkah 20 saat.
"Jika ibu bapa turut bantu terapkan nilai yang sama di rumah, normal baharu akan jadi biasa dan risiko di tadika boleh diatasi kerana anak-anak dah biasa diterapkan dengan amalan kebersihan seperti cara basuh tangan untuk elak jangkitan virus.
"Jadi, mereka lebih mudah faham jika guru minta lakukan," katanya.
Sumber: Harian Metro, Bernama
Post a Comment