Pandu lawan arus sehingga menyebabkan kematian, Ng Pei Ven dipenjara 5 tahun + denda RM18,000


Ng Pei Ven, 22, dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan denda RM18,000 oleh Mahkamah Majistret semalam, selepas didapati bersalah kerana memandu secara melulu dan melawan arus sehingga menyebabkan kematian Mohamad Fandi Rosli, 26 di Lebuhraya Utara Selatan pada 14 Mac 2017. 

Majistret Sri Pracha Nanthini Balabedha menjatuhkan hukuman itu selepas pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah di akhir kes pembelaan. 

Sebaik saja mendengar hukuman itu dijatuhkan, Ng Pei Ven yang berada dalam kandang tertuduh, menangis dan beberapa kali mengesat air mata.

Jika gagal membayar denda itu, Ng Pei Ven akan dihukum penjara 24 bulan serta dan lesen percubaannya dibatalkan serta hilang kelayakan memohon lesen memandu selama lima tahun dari tarikh sabitan. 

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan tertuduh untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara rayuan terhadap keputusan hukuman itu didengar di Mahkamah Tinggi dan menaikkan ikat jamin dari RM7,000 kepada RM12,000. 

Ng Pei Ven didakwa mengikut Seksyen 14 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda sehingga RM20,000. 

No comments