Budak didera sampai mati kerana tak sengaja lepaskan burung peliharaan majikannya dari sangkar


Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun didera sehingga mati di Pakistan kerana dituduh melepaskan burung peliharaan majikannya. 

Mangsa, Zahra Shah, meninggal dunia di sebuah hospital di Rawalpindi pada 1 Jun 2020 selepas mangsa dibawa oleh majikannya, Hassan Siddiqui, ke hospital. 

Hassan dan isterinya kini ditahan reman selama dua minggu dan akan menjalani ujian pengesan pembohongan. 

Petugas perubatan di hospital berkata, Hassan memaklumkan dia dan isterinya telah memukul mangsa apabila disoal mengenai keadaan Zahra. 

Ditanya punca kejadian itu berlaku, Hassan mendakwa Zahra telah melepaskan burung kakak tua perliharaannya dari sangkar. 

Mangsa mengalami pendarahan teruk dan mempunyai kesan dera di bahagian muka, tangan dan ditempatkan di unit rawatan rapi. 

Petugas perubatan bertindak menghubungi pihak polis selepas Hassan menghilangkan diri ketika mangsa sedang diberikan rawatan. 

Bagaimanapun, polis berjaya mengesan semula Hassan berdasarkan maklumat dirinya yang digunakan untuk mendaftar pesakit di hospital tersebut. 

Pengambilan pekerja di bawah usia 15 tahun adalah satu kesalahan di Pakistan. 

Datuk mangsa, Syed Fazal Hussain Shah berkata, ibu bapa mangsa menghantar anak mereka bekerja dengan Hassan kerana lelaki itu berjanji mahu mendidik Zahra. 

Oleh kerana kesempitan wang, pasangan itu bersetuju dengan janji yang diberikan oleh Hassan. 

Kes itu mendapat perhatian banyak pihak sehingga hashtag #justicefor zahrashah trending di Twitter, termasuk golongan selebriti yang mahu menuntut keadilan untuk Zahra. 

Sumber: Daily Mail

No comments