'Orang pompuan yang beli emas kat kedai S**** ni badigol ke apa tak tahu matematik?' - Ayah Pong


Selain daripada produk kosmetik, beg tangan, pakaian dan tudung, salah satu tarikan pada wanita adalah emas. Emas sudah menjadi trending pemakaian wanita sejak dahulu lagi.

Nilai emas di pasaran kini dikatakan mencanak naik. Tular juga di media sosial, gelang emas yang diberikan jolokan nama ‘Pulut Dakap’ menjadi perhatian para wanita untuk memilikinya. Tetapi, untuk membeli emas bukan sekadar mengikut trending terkini, tetapi juga perlu mengetahui kadar caj yang tersembunyi.

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook mendedahkan harga sebenar di sebalik promosi kedai emas yang dimiliki oleh seorang usahawan. Dia pada mulanya terkejut apabila mendengar harga emas yang ditawarkan lebih murah berbanding harga pasaran. Setelah disiasat, rupa-rupanya....

MINGGU lepas saya sendiri dan wife ada pergi kedai emas N** S***t kat Shah Alam atas permintaan wife dok berkenan dengan gelang tangan coco perut ular yang tengah trending sekarang.

Saya beritahu kat wife, "Kawan abang ada kedai emas boleh bagi murah-murah...". Tapi dengan perempuan ni biasalah kita turutkan dulu.

Nak-nak pula S***t tengah buat promosi RM190 per gram. Betul-betul murah tu, ikutkan harga pasaran masa tu RM220/gram. Saya ni orang berniaga, jadi nak tahulah juga strategi apa si S***t ni guna sampai boleh downkan harga emas dari RM 220/gram ke RM190/gram.

Jadi kita layankan juga wife pergi kedai S***t. Dalam hati ni dah standby, kalau betul murah, nak pula kalau wife dah berkenan, saya akan cakap kat wife dulu. “Sayang, sure nak nie? Tahu tak S***t ni dok promosi LGBT? Sayang pun tahukan abang tak suka kat si Sanjut ni?" - Ini kata dalam hati lah.


Sampai jer sana, tak silap ada tiga sales girl dengan seorang sales man, seorang lagi pak cik security. Bila dah ditanya harga apa semua, memang betul RM190 per gram. Tapi yang tak dipromosikan adalah kedai emas S***t ni ada caj upah.

Caj upah dia bapak mahal. RM70 per gram. #matilanak. Saya kira-kira masa tu berat rantai 15 gram, darab dengan RM70 dah jadi RM1,050. Upah sahaja dah seribu. Belum masuk emas lagi.

Emas pula 15g x RM190= RM2,850 tambah dengan upah total jadi RM3,900.

Saya cakap dalam hati, “Orang pompuan yang beli emas kat kedai S***t ni badigol ke apa tak tahu matematik? Tak tahu murah ke mahal? Ke sebab duit bukan korang yang keluar, laki korang yang bayar..."

Ini bukan nak sabotaj ke apa ke kedai emas si S***t ni. Tapi saya nak beritahu kat semua kaum lelaki kalau wife minta beli emas, jangan bagi duit sebab perempuan ni Allah cipta 9 nafsu, 1 akal. Kita lelaki 9 akal, 1 nafsu.

Kalau boleh, ikut sekali pergi beli. Kalau tak sia-sia jer kena game nanti. Bayar upah mahal-mahal tapi emas dapat ciput jer.

Bila dah tahu caj upaj S***t ni mahal, saya terus bawa wife pergi kedai kawan saya kat Sungai Besi. Masa tu baru wife baru cakap, "abang tak bagi tau pun kawan abang ada kedai emas??" Kita pun iyakan jer la.

Alhamdulillah harga emas pun tak mahal mana, baru RM206 per gram dan paling penting takde caj upah. Kira-kira balik untung banyak tu dari kedai emas S***t.

RM206 x 15 gram: Baru RM3,090(upah free). Kalau kat S***t walaupun harga emas murah tapi total dah jadi RM 3,900. RM900 juga la jimat!!!

Sumber: Ayah Pong

No comments