Mangsa dera meninggal dunia kerana kecederaan di tengkorak & usus akibat hentakan objek tumpul


Media semalam melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun meninggal dunia dipercayai didera oleh ibu dan teman lelakinya. 

Dalam laporan terkini, doktor yang merawat mangsa mengesyaki kanak-kanak itu didera berdasarkan penemuan kesan kecederaan fizikal di badannya iaitu lebam di tangan kiri dan kanan, selain di bahagian perut. 

Malah, terdapat kesan gigitan di bahagian tangan kiri dan kanan.

Bedah siasat mendapati, punca sebenar kematian mangsa adalah disebabkan kecederaan di bahagian tengkorak dan usus akibat hentakan objek tumpul. 

Berdasarkan laporan itu, kematian mangsa disyaki mempunyai unsur jenayah yang membawa pada penahanan ibu mangsa dan teman lelakinya pada awal pagi Selasa. 

Difahamkan, wanita itu bekerja sebagai operator kilang, manakala teman lelakinya sudah mengganggur lebih setahun, tinggal bersama di bilik sebuah pangsapuri di Kempas. 

Ketika ibu mangsa keluar bekerja, mangsa dijaga oleh teman lelaki ibunya. 

Suspek diireman selama seminggu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. 

Sumber: Harian Metro

LAPORAN BERKAITAN

No comments