(Video) 'Tudia gila punya laju!' - Driver Ford Ranger sondol penunggang motosikal di lebuhraya


Viral di media sosial video dashcam yang menunjukkan sebuah kereta Ford Ranger 2.0L WT 4WD Auto dipandu dengan kelajuan tinggi sehingga merempuh penunggang motosikal. 

Dalam kejadian yang berlaku di Lebuhraya PLUS Bangi-Kajang, kenderaan tersebut dipandu dengan laju dan memotong secara berbahaya menyebabkannya hampir terbabas lalu merempuh penunggang motosikal yang berada di lorong kecemasan. 

Rempuhan itu menyebabkan mangsa terjatuh tetapi masih mampu berdiri dan berlari ke tepi jalan kerana mengalami trauma sebelum dihampiri oleh pemilik dashcam yang memeriksa keadaan mangsa. 

Berdasarkan sumber netizen, kereta itu dipandu oleh seorang lelaki berusia 33 tahun yang berasal dari Taman Sentosa, Klang, Selangor. 


Netizen menggesa pihak berkuasa menyiasat video kejadian itu dan mengambil tindakan tegas terhadap pemandu terbabit yang jelas sekali nyaris menyebabkan kemalangan dan mendatangkan bahaya kepada pengguna lebuhraya lain. 

No comments