'Aku harap student aku tak jadi macam kau Mirul, kau kerja guard je lah' - Lelaki ini mengalami depression tetapi dihina oleh rakannya mulut laser


Apabila kenalan kita dilanda musibah yang tidak disangka, sepatutnya kita memberi kata-kata semangat dan doa yang baik-baik untuknya. Tetapi bagi lelaki ini pula lain jadi, semakin galak dia menghina rakannya yang mengalami depresi. 

Difahamkan, si rakan menghubungi pengadu melalui Facebook Messenger dan mengatakan ada ternampak dia semasa berada di wad psikiatri yang menimbulkan tanda tanya. 

"Wait, wait. Kau masuk wad tu kau giler ke? Kau biar betul? Kau sakit apa siel?" soalnya. 


Pengadu kemudian menjelaskan yang dia mengalami depresi akibat tertekan dengan masalah sukar mendapat pekerjaan. Namun, adakalanya dia menjadi guru ganti, kerja sambilan mencuci tandas, mengutip sampah, emngakut ikan, mencuci pinggan dan bermacam-macam lagi untuk menyara kehidupannya. 

Tidak cukup dengan itu, si rakan mula throwback dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya dengan merendah-rendahkan pengadu lembab dalam akademik sehingga terpaksa mengulangi STP 2012 berbanding mereka yang lain sudah berjaya serta mendapat pendapatan tetap. 


Si rakan menyalahkan pengadu mengalami depresi kerana tidak belajar menerima takdir dan menuduh dia sendiri yang mencari penyakit sehingga menyebabkan keadaannya menjadi seperti itu. 

Malah dia mendakwa pengadu terdesak menjadi cikgu sedangkan katanya pengadu tidak mempunyai ijazah pendidikan. 


Pengadu akur dengan kata-katanya itu dan memilih untuk tidak membantah kata-kata itu dan membiarkan saja si rakan melemparkan kata-kata bongkak dan angkuh itu. 

"Ye, salah aku. Ye, kalau semua cikgu, siapa yang nak jadi cleaner kan? Ye, aku ditakdirkan malang. 

"Ye aku menyesal, kau jadi cikgu ajar anak-anak tu, bantu diorang," balas pengadu. 


Tergelak dengan kata-kata pengadu, si rakan membalas, "Tak payah nasihatkan akulah. Aku tahu kerja aku. Diorang malas, diorang punya pasal, yang penting gaji aku dengan Rita yang bakal beranak itu dapat gaji bulan. 

"Aku harap student aku tak macam kau. Aku mengajar di sekolah berasrama penuh. So senang kerja aku. Wakakakaka! Jangan marah, gurau-gurau. 



"Mirul, kau kerja guard lah. Nampak maju sikit. Hahaha! Itupun kalau kau dapatlah. Ingat takdir Mirul, jangan lawan. 

"Satu nak pesan, jangan gatal nak kahwin. Kau nak bagi makan apa bini kau nanti. Lupakan pasal cinta sebab kau kena tahu siapa nak kau? Sanggup ke perempuan nak terima kau?" katanya. 

Ternyata si rakan pengadu ini terlalu sombong dan bangga dengan kejayaan duniawinya.

REAKSI NETIZEN



Sumber: Yoo Mat

No comments