(Video) 'Anak saya disyaki telah didera pengasuh'


"Assalamualaikum, anak saya telah disyaki didera oleh pengasuh," demikian dakwa Iqa Atiqah yang juga telah membuat laporan polis berhubung kejadian yang menimpa anaknya itu. 

Menurut beliau, kejadian itu berlaku pada Selasa lalu yang menyebabkan anak perempuannya terpaksa dimasukkan ke Hospital Selayang selama empat hari. 


"Anak saya telah dimasukkan ke wad Hospital Selayang selama empat hari. Dia telah cedera di bahagian mulut, benjol di belakang kepala (selepas benjol surut, ada kesan melecur), lebam di pipi, telinga dan leher serta luka di kaki. 

"Anak saya mengalami trauma selepas kejadian ini," katanya. 

Ekoran kejadian itu, pengasuh yang diamanahkan untuk menjaga anaknya itu telah melarikan diri dan lokasi terakhirnya dikesan adalah di Selayang Baru. 

"Sehingga hari ini, (pengasuh) masih belum ditemui. Sesiapa yang ada terjumpa (pengasuh berkenaan) diharap dapat menghubungi pihak polis. 

"Harap suspek dapat ditemui sebelum orang lain menjadi mangsanya. Semoga nasib anak saya terbela," katanya.

 Keadaan mangsa sebelum dan selepas kejadian | Foto - Iqa Atiqah

Lebam di pipi mangsa | Foto - Iqa Atiqah

Kesan darah kering di bibir mangsa | Foto - Iqa Atiqah

Kesan lebam pada telinga kiri dan belakang kepala mangsa | Foto - Iqa Atiqah

Kesan kecederaan di leher mangsa | Foto - Iqa Atiqah

Luka di bahagian kaki kanan mangsa | Foto - Iqa Atiqah

Selepas benjol surut ada kesan lecur yang telah jadi keropeng | Foto - Iqa Atiqah

Pengasuh yang dikehendaki | Foto - Iqa Atiqah

No comments