'Dari semalam dia bertanya, siapa bunuh anak kita' - Suami cerita detik sebelum anak dikelar isterinya


Wanita yang disyaki membunuh anak lelakinya berusia 19 bulan di FELDA Jengka 13, Maran, pada malam tadi direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu saisatan, lapor Harian Metro

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Sisten Komisioner Othman Nanyan berkata, perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Asmadi Mahayudin di Mahkamah Majistret Maran terhadap suspek berusia 31 tahun kira-kira jam 12 tengah hari tadi. 

"Pasangan terbabit mempunyai tiga anak dan berdasarkan siasatan awal, suspek tidak pernah mendapat rawatan mental. 

"Jadi saya mohon orang ramai supaya tidak membuat spekulasi yang boleh menjejaskan kertas siasatan," katanya yang juga memaklumkan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. 

Sementara itu, bapa mangsa, Muhammad Rizal Jusoh, 41, berkata, isterinya sangat melindungi ketiga-tiga anak mereka berusia antara dua hingga tujuh tahun dan beliau percaya, isterinya tidak sedar dengan tindakannya itu. 

"Biasanya, kalau saya marah anak-anak, dia pasti akan memarahi saya dan sentiasa mempertahankan anak kami. Saya sendiri pun tidak sangka dia akan bertindak sedemikian, memang tidak terlintas pun dalam fikiran saya sendiri, dia sanggup melakukan perbuatan itu. 

"Dari semalam dia bertanyakan saya, siapa bunuh anak kita. Memang dia tidak sedar (ketika mengelar) apa yang sudah dia lakukan dan saya pun tidak pasti apa punca sebenar," katanya memetik laporan dari Harian Metro

Dalam kejadian malam tadi, mangsa, Muhammad Nur Rashdan mati dikelar oleh ibunya yang dipercayai mengalami halusinasi. 

Menurut Muhammad Rizal, isterinya mengalami masalah kemurungan semenjak awal Mei lalu dan pernah dibawa untuk mendapatkan rawatan Islam kerana bimbang wanita itu diganggu oleh makhluk halus. 

Menceritakan semula kronologi kejadian, Muhammad Rizal sebelum itu berada di ruang tamu menjaga anaknya yang sedang tidur sambil menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018, sementara isterinya sedang mengaji Al-Quran di dalam bilik. 

"Selepas dia (isteri) selesai membaca Al-Quran, dia datang ke ruang tamu dan memberitahu saya dia ingin membawa anak ke bilik tidur. Tidak lama kemudian saya terdengar suara anak menangis lemah. 

"Saya terus meluru ke bilik dan terkejut apabila melihat isteri sedang memegang pisau dan mengelar leher Muhammad Nur Rashdan. 

"Saya terus menolak isteri dan mengambil anak untuk dibawa ke Hospital Jengka bagi pemeriksaan. Pegawai perubatan di situ mengesahkan anak sudah meninggal dunia," katanya.

BERITA BERKAITAN: 

No comments