'Jangan sampai abang makan anak perempuan kita sendiri' - Suami durjana


Terkejut baca luahan seorang wanita yang prihatin dengan nasih jirannya yang baru saja bersalin 'dikerjakan' oleh suaminya tanpa sebarang belas kasihan. Baru berpantang 20 hari, tetapi dek bertuhankan nafsu, si suami memaksa isterinya untuk melakukan hubungan kelamin. 

Si isteri cuba membantah, namun menerima akibat di mana kepalanya dipukul dengan album perkahwinan yang tebalnya cukup membuatkan mangsa pitam. Dalam keadaan tidak sedarkan diri, si suami mengambil kesempatan untuk 'meratah' isterinya. 

ASSALAMUALAIKUM admin, tolong hidekan Facebook saya. Saya cuma nak meluahkan apa yang terjadi pada jiran saya. Okey, ceritanya begini. 

Jiran saya ini baru 20 hari berpantang, kadang-kadang suami dia balik kerja saja marah-marah dia, tumbuk terajang dia. Saya nak tolong pun takut dia terajang saya pula. So, saya buat keputusan malas nak ambil tahu pasal rumah tangga orang. 

Ingatkan sudah berhenti bergaduh, rupa-rupanya sampai ke pagi bergaduh. Anak saya yang masih baby pun terkejut dan menangis saja bila terdengar diorang bertekak. 

Al-kisahnya, tengah nak tidur kira-kira jam 2 pagi, dia pergi ketuk pintu saya sambil menangis-nangis. Saya ini penakut sikit, cubalah jenguk di tingkap siapa yang mengetuk pintu. Kot-kot hantu ke apa, tak adalah terkejut beruk sangat. Rupa-rupanya jiran saya dalam keadaan berpakaian baju tidur di luar pintu. Ada darah di bibirnya. 

Jadi, saya suruhlah dia masuk dan kebetulan suami saya tengah main game, suami duduk dalam bilik dengan anak kecil. 

Saya tanya kenapa diorang asyik bergaduh saja? Nak campur tangan, saya bimbang suami dia pula marah-marah saya. Jadi, dia pun berterus terang. 

"Akak, macam mana saya tak gaduh. Hari-hari dia minta nak bersama. Saya baru 20 hari berpantang, jahitan pun masih sakit. Saya sakit kak," katanya. 

Saya tengok muka dia pucat sangat-sangat. Kemudian saya tanya, apa yang dia buat? Dia kata dia terpaksa menahan sakit sedangkan suami dia tahu darah mengalir di paha pun, suami dia masih tak kisah dan teruskan juga 'bersama'. 

Allahu. Lelaki jenis apakah itu? Syaitan betul!

"Selepas itu, dia masih tak puas dan dia minta lagi. Saya tak tahan kak. Dia katok (pukul) kepala saya guna buku album nikah yang tebal itu, terus saya pitam. Sedar-sedar tengok suami saya dah keluar bawa lori. Saya pula sakit yang teramat, dia 'bersama' lagi keadaan tak sedar. Dia siap tulis surat lagi. 

"Terima kasih kerana layan abang walaupun masih tak okey. Tetapi kita ada anak perempuan, jangan sampai abang makan anak kita sendiri." - tulis suaminya.

"Terkejut punya pasal, itu sebab saya cepat-cepat pergi ke rumah akak," katanya. 

Saya sebagai jiran, bawalah dia pergi ke hospital pagi-pagi buta. Doktor sahkan rahim dia kena kuman. Jadi dia terpaksa ditahan di wad. Bila dah keluar wad, saya akan bawa dia pergi ke balai polis dan minta dia pergi ke pejabat agama untuk bercerai. 

So, bila baca kisah dia, bukan dia seorang saja yang kena. Rupa-rupanya ramai algi manusia yang bertopengkan syaitan. Terima kasih admin. Saja nak meluahkan untuk tenangkan hati. 

No comments