Gara-gara upload gambar bersama Gal Gadot, IG Zahirah Mcwilson diserang netizen
Aktress tinggi lampai, Zahirah Macwilson diserang netizen dalam ruangan komen akaun Instagram (IG) miliknya selepas memuatnaik gambar bersama pelakon filem Wonder Woman, Gal Gadot ketika menghadiri ke acara pembukaan kedai aksesori, Tiffany & Co di New York.
Rata-rata meluahkan kekecewaan apabila pelakon itu berbangga untuk bergambar bersama Gal Gadot yang berdarah Yahudi dan menyokong Israel.
Gal Gadot juga dikatakan pernah berkhidmat dalam pasukan tentera Israel sebelum menjadi aktress.
"Kenapa bergambar dengan seorang zionis? Ya Allah. Saya berhenti menyokong dia sejak saya tahu bahawa dia adalah salah seorang daripada mereka (zionis)," tulis Hanis.j.Khairiyah.
Netizen lain menegur tindakan Zahirah yang seolah tidak menghormati senstiviti umat Islam.
"Bangganya bergambar dengan orang yang tidak berhati perut, membunuh saudara seislam kita. Allahuakbar.
"Bagaimana perasaan anda bila ada pembunuh, membunuh adik beradik anda dan semua orang berbangga dan bergambar dengan pembunuh itu? Tanya hati, tanya iman," tulis netizen itu.
Komen-komen lain juga rata-rata menghentam Yahudi dan Gadot.
"Artis Yahudi pun, minat ke?"."Free Palestine (Bebaskan Palestin),"."Not Gal Gadot, please (Tolonglah jangan Gal Gadot),".
Bagaimanapun, gambar itu turut menerima pujian daripada penyokong Zahirah yang menyentuh mengenai kejelitaan Zahirah.
"Zahirah lebih jelita daripada Gal Gadot," tulis satu netizen.
Dek kejelitaannya itu, gambar itu juga turut di komen oleh pelakon, Mira Filzah yang 'keliru' antara Zahirah dan Gadot.
"Hey. Mana satu Gal Gadot?" tulisnya. Gambar itu menerima lebih 95,000 tanda suka di samping hampir 600 komen.
Sumber: Zahirahmacwilson, Harian Metro
Post a Comment