'Orang dah ramai, tapi dia keluar pergi breakfast time kerja' - Wanita dedah punca sebenar kaunter kerajaan hanya satu dibuka, manakala yang lain kosong
Baru-baru ini tular perkongsian seorang wanita, Emma Harshaw, di media sosial mengenai kaunter kerajaan kerap kali mengalami kesesakan biarpun banyak kaunter yang disediakan tetapi tidak dibuka untuk mempercepatkan lagi urusan orang awam.
Menurut Emma, hal itu berlaku disebabkan kakitangan yang ditugaskan terutamanya kakitangan dari Gred 19 (B40) tidak memberi komitmen penuh dan selalu mencuri masa untuk melakukan hal-hal yang tidak berkaitan dengan kerja rasmi.
Berikut perkongsiannya:
B40 gred 19 kerja kerajaan dan perangai di tempat kerja. Masuk office jam 9 pagi. Punch dulu dan selepas itu keluar beli breakfast. Balik ke office jam 9.30 pagi. Kantoi dengan bos M40 gred 41 sebab kaunter tiada orang. Orang tunggu dah ramai, bagi jawapan 'hantar anak/baby ke pengasuh'.
Tapi makan dulu sambil bersembang sesama B40, kutuk bos M40 budak baru tak reti buat kerja, tak faham environment kerja dan lain-lain. Selesai semua, baru jaga kaunter.
Lunch jam 1 petang, tetapi jam 12 dah keluar. Bagi alasan 'nak ambil anak sekolah'. Pergi makan dan shopping dulu, kutuk bos lagi. Jam 2.30 petang masuk semula ke office. Kantoi pula dengan T20 gred 52, lalu dipanggil bos M40 gred 41 dan mengadu tentang perangai B40 gred 19 itu tadi.
Bila waktu kerja bos M40 gred 41 suruh buat Excel, cakap tak tahu. Suruh buat Word, cakap tak tahu. Kerja dah lama tetapi serba-serbi tak tahu, padahal malas nak buat. Last-last bos yang buat. Sesama B40 kutuk bos lagi, padahal memang kerja dia sebagai pelaksana.
Jam 6 petang sepatutnya balik. Tetapi jam 5 petang dah hilang. Minta member sama-sama B40 tolong punch card. Rekod kena cantik, tapi kerja tak siap.
Keesokan hari, viral orang rakam kaunter kosong. T20 kayangan level Jusa C panggil T20 gred 52, suruh jawab aduan. Maki M40 gred 41 pula kata tak pandai jaga anak buah. Bos M40 gred 41 tak berani maki B40 gred 19 sebab takut kena pulau. Kalau kena pulau, KPI takkan tercapai dan menjejaskan kenaikan pangkat M40 gred 41.
Terpaksa beri nasihat biasa-biasa je, lepas tu sentap. Esok terus mohon cuti kecemasan (EL) di saat-saat akhir konon anak tak sihat. Dah kaunter kosong lagi sebab ikut jadual dia jaga kaunter. Penyudahnya, hanya satu kaunter saja yang dibuka.
Hujung tahun buat muka kesian minta markah tinggi untuk SKT dengan M40 gred 41. Dia buat-buat rajin, masuk awal tetapi balik lambat. Malah tak keluar breakfast, alasan dah lama kerja sebab nak naik pangkat gred 22 secara time based. Bos M40 gred 41 kena tipu, lepas tu bagi markah tinggi sebab kasihan.
Tahun depan, member B40 yang rajin dapat kenaikan pangkat ke gred 22. Sementara si polan tadi masih di gred 19. Dia kutuk bos lagi, kata bos pilih bulu. Member tak terkecuali, dituduh guna kabel.
Esoknya, dia kembali buat perangai sama. Buat tahi depan kaunter. Client pun B40 juga mengadu di Facebook.
Begitulah perangai buruk sesetengah B40 kerja kerajaan. Kerja culas nak buat sampai efek organisasi dan persepsi orang awam.
Sumber: Emma Harsaw
Post a Comment