(Video) Jari parah digigit ketika cuba usap kepala buaya


Seorang lelaki cedera di bahagian jari tangan kiri akibat digigit buaya selepas mangsa cuba mengusap kepalanya, lapor Daily Mail. 

Berdasarkan video yang dirakam rakannya, lelaki yang berasal dari India itu kelihatan sedang cuba mendekati reptilia berbahaya itu dan cuba mengusap kepalanya. 


Bagaimanapun, haiwan itu secara tiba-tiba menggigit tangan mangsa yang tidak sempat menarik tangannya dalam kejadian yang tidak dijangkakan itu. 

Mangsa yang mengalami pendarahan teruk akibat kecederaan itu kemudian dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan. 




Video kejadian itu kemudian viral di media sosial dan mencetuskan pelbagai reaksi negatif netizen yang mengecam mangsa sengaja mengundang balanya sendiri.

"Terbaiklah buaya! Dia memang patut rasakan itu. Sepatutnya dia (mangsa) jangan mengganggu buaya itu," kata netizen 

"Lelaki itu sepatutnya dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa kerana mengganggu hidupan liar. Hello polis! Tolong tangkap lelaki ini!" kata netizen lain. 

Tidak diketahui sama ada pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap magnsa, namun pihak berkuasa melarang orang ramai mendekati dan menyentuh haiwan berbahaya itu. 

No comments