VIRAL : Pengakuan PPIM Berkenaan Kumpulan Dana Untuk Bebaskan DOKTOR GIGI PALSU ! Gempar

VIRAL : Pengakuan PPIM Berkenaan Kumpulan Dana Untuk Bebaskan DOKTOR GIGI PALSU ! Gempar | Baca Viral – Rancak diperkatakan kes berkenaan gadis muda yang menjadi doktor gigi palsu ini. Semoga pengguna lebih cakna dan lebih pandai dalam memilih perkhidmatan yang selamat untuk kesihatan mereka. Jangan hendak murah tapi badan binasa !

ISU PANAS

Sehingga kini, isu berkaitan seorang doktor gigi palsu yang menjalankan perkhidmatan mendakap gigi tanpa tauliah masih lagi hangat diperkatakan

Nur Farahanis Ezatty Adli, 20, didakwa menyediakan klinik pergigian swasta tanpa didaftarkan mengikut Seksyen 27 Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586) di Bakti Homestay, Jalan Bukit Katil, 25 Januari lalu.

Disebabkan itu, dia telah dipenjara selama 6 hari kerana gagal membayar denda RM70,000 selepas mengaku bersalah menjalankan perusahaan pergigian tanpa lesen.

DANA RM70,000

Bagaimanapun, Nur Farahanis dibebaskan Jumaat lepas setelah sebuah kelab permotoran, Dragon 76 mengumpulkan jumlah wang terbabit atas bantuan orang ramai dan beberapa NGO lain bagi membebaskan pesalah.

Namun, kecoh sebelum ini apabila dilaporkan Persatuan Pengguna Islam (PPIM) juga dikatakan turut membantu dalam pembebasan individu terbabit
Orang ramai serba sedikit hampa dan berasa kesal tindakan yang kononnya dibuat oleh pihak NGO tersebut.

MAKLUM BALAS PPIM

Bagi menjawab persoalan dan tuduhan tersebut, pihak PPIM telah membuat satu kenyataan media sebentar tadi dengan mendakwa bahawa mereka tidak pernah menyokong dan membantu membebaskan pesalah terbabit.

PPIM hanya berperanan dan terlibat dalam memberikan khidmat nasihat kepada pihak keluarga dan peguam ‘Doktor Gigi Palsu’ yang hadir berjumpa Ketua Aktivis PPIM, selepas hukuman dijatuhkan kepada individu terbabit.

Sumber : SAYS

The post VIRAL : Pengakuan PPIM Berkenaan Kumpulan Dana Untuk Bebaskan DOKTOR GIGI PALSU ! Gempar appeared first on BACA VIRAL.

No comments