Apa HUKUM Isteri KELUAR Dengan LELAKI Lain Walaupun Mendapat KEIZINAN Suami ?

Apa HUKUM Isteri KELUAR Dengan LELAKI Lain Walaupun Mendapat KEIZINAN Suami? | Baca Viral – Zaman serba moden, teknologi semakin canggih, pergaulan lelaki dan perempuan terjalin tanpa ada batasnya. Meskipun ada yang sudah berumahtangga, masih ada kita dengar kejadian atau kes keretakan rumah tangga yang disebabkan oleh kecurangan pasangan, samada isteri mahupun suami. Jadi, apakah hukumnya untuk seorang isteri yang keluar berjumpa dengan rakan bukan ajnabi bagi nya? Meskipun sudah mendapat keizinan suaminya? Mari ikuti penjelasannya..

SOALAN

Apakah hukumnya seorang isteri keluar dengan lelaki lain tanpa mendapat kebenaran suaminya terlebih dahulu? Untuk makluman ustaz, mereka tidak melakukan maksiat, hanya ingin makan tengah hari bersama.

JAWAPAN

Berdosalah seorang isteri yang keluar dengan lelaki lain, walaupun dengan izin suaminya.

Perbuatan ini boleh menjadi sebab turunya bala atau bencana terhadap si isteri. Meskipun mereka tidak melakukan maksiat, dikhuatiri suatu hari nanti mereka akan terjerumus ke dalamnya.

Rasulullah bersabda:

“Ketahuilah, tidaklah seorang lelaki berdua-duaan dengan seorang perempuan melainkan yang ketiganya ialah syaitan,”

(Riwayat a;’Tirmizi)

Perbuatan membelakangkan suami amat dibenci Allah dan boleh menggugurkan hak nafkah isteri kerana telah curang. Oleh itu, kita hendaklah berlindung dengan Allah daripada dorongan nafsu untuk berbuat demikian.

Sumber

The post Apa HUKUM Isteri KELUAR Dengan LELAKI Lain Walaupun Mendapat KEIZINAN Suami ? appeared first on BACA VIRAL.

No comments