Masalah Zuriat..

Assalamualaikum admin, mohon hidekan profile saya…

Saya nak meluahkan sesuatu, luahan saya panjang sikit…terima kasih bagi yang sudi membaca…dan saya tak tahu apa lagi yang harus saya buat selain meluahkan di sini, rasa hati saya sebagai suami.

Saya seorang suami kepada seorang wanita yang amat penyabar amat baik. Umur saya 37 dan isteri 38.

Isteri saya amat baik. Penyabar dan amat tidak berkira dengan saya. Dia tak pernah tinggikan suara malah sentiasa ikhlas melayani saya. Jujur cakap, kami tak pernah bergaduh atau bertekak tapi paling jauh pun kalau bergaduh, wife saya akan buat silant treatment yang semestinya amat reverse psikologi…wife sentiasa beralah dan setiasa tenang dalam melayari hidup berdua bersama saya.

Yang menyebabkan saya terkilan ialah saya bukan suami yang sempurna, saya tidak mampu memberi zuriat buat isteri. Masa mula2 kahwin dulu…malam pertama saya tidak mampu untuk bersama isteri kerana masalah nafsu yang seolah-olah terkunci…saya malu sangat. Rasa maruah saya sebagai lelaki hilang dan pada malam itu, jelas riak kecewa pada wajah isteri saya walaupun dia tak luahkan. Saya berusaha dan akhirnya dapat bersama isteri walaupun struggle…saya buka lelaki gay malah bukan lelaki bisex juga…saya amat menjaga batas pergaulan saya sama ada dengan lelaki mahupun perempuan kerana saya jenis yang berkawan sekadar ada. Kawan baik ada tapi hanya berhubung bila perlu dan bila lama tak bersua. Namun bila ada yang ingin rapat. Jika mahukan sebagai kawan…maka kawanlah saya bagi dan jika lebih saya memang akan stop terus…sebab nama pertama kepada perhubungan masa berkenalan itu yang akan saya pegang walau hati tertarik macam mana sekali pun…

Berbalik kepada isu zuriat. Mula2 kahwin dulu isteri usia 35 dan saya 34…suatu malam, isteri pasrah menyatakan jika dia tak boleh bagi zuriat, dia redha andai saya kahwin lain in which saya cakap…

“Check pun belum. Entah-entah abang yang bermasalah nak bagi zuriat.”

Then masa buat check kesuburan dekat fertility clinic…memang masin mulut saya…saya yang bermasalah. Isteri pula terlebih subur…walau pada itu…kami tetap usaha…dan alhamdulillah, dua kali isteri saya pregnant namun dua-dua baby kami meninggal dalam kandungan sebaik masuk bulan ke tiga. Isteri saya menangis ketika mengetahui jantung baby berhenti berdegup…Saya sedih sebab saya tak sampai hati melihat isteri menangis…saya cuba buat yang terbaik. Isteri tahu saya bukan seperti suami lain…dan kerana itu…saya letakkan keputusan hala tuju perkahwinan kami ini pada tangan isteri…sebab dia lebih berhak menentukan keberterusan perkahwinan kami disebabkan soal masaalah mendapat zuriat dengan saya…kalau mengikut hukum kalau suami tak mampu memberi zuriat, isteri berhak memohon fasakh untuk keberlangsungan keturunannya. NAMUN isteri tetap setia bersabar dan menerima saya seadanya.

Masalahnya, sehingga kini, saya sentiasa berasa bersalah sangat kepada isteri kerana kelemahan saya, isteri menerima saya walaupun kelemahan saya mungkin merosakkan peluang isteri memperoleh zuriat. Yang paling sedih bila masa isteri mengandung kali ke dua… adik perempuan saya juga mengandung dan semua berkalan lancar namun baby kami pula meninggal…bayangkan perasaan isteri bila sama2 memaklumkan pregnancy masing2 dalam group famili saya…tetiba kami kehilangan baby kami buat kali ke dua. Saya dapat lihat betapa kecewa isteri saya.

“Maafkan abang sayang, kerana lelaki yang tidak sempurna ini, awak menghadapi semyanya.”

Isteri amat baik…penyabar dengan sikap saya yang adakalanya fussy, pandai masak dan rajin masak (diakui keluarga saya dan keluarga mertua serta sahabat handai – Malay food, Pahang food, western malah Korean food terutama Kimchi memang isteri expert), pandai dan rajin mengemas malah perfect wife…keistimewaan dia yang paling utama ialah pada hati dia yang lembut dan kesederhanaan dia.

Tiada yang saya doakan sambil menangis sebak melainkan ketika saya menghantar isteri saya ke muka pintu (isteri kerja cikgu dan bertolak awal ke sekolah dalam 6.30 pagi setiap hari, saya kerja di pejabat masuk pukil 8.00 pagi)

Ketika dipintu saya akan perhatikan langkah isteri sebelum hilang di lift apartment kami….masa tu saya berdoa…”Ya Allah, kasihanilah isteriku, bahagiakan dia, kurniakanlah syurga kepadanya, sesungguhnya aku redha kepadanya kerana dia wanita yang baik dan mulia hatinya.

Mohon tuan puan semua….doakan agar Allah SWT memberikan kami zuriat kandung kami sendiriye…agar ada keajaiban dari Allah SWT dalam memulihkan kelemahan saya dan mohon juga agar isteri saya sentiasa diberkati dan diredhai…mohon kepada Allah SWT semoga rumahtangga kami kekal bahagia sehingga ke jannah tanpa gangguan

Saya memohon pandangan…kut2 ada yang tahu amalan2 yang boleh membantu kami dalam memperoleh zuriat…atau ada berita berkaitan sesiapa yang mahu memberi anak angkat. Mohon share ye..

Terima kaish buat admin.

Dan terima kasih buat semua.

Semoga kita diberkati dan diredhainya.
Amiiin

– Rizam

The post Masalah Zuriat.. appeared first on Malaysiaviralstory.My.

No comments