(Video) 'Sepatutnya malam pertama kamu tumpahkan air man*, tak terfikir ke akan ada anak?' - Lagi pendakwah labelkan suami dayus kerana biarkan doktor lelaki sambut isteri bersalin
Hari ini, giliran lelaki yang dipercayai suaminya, Ustaz Zaidi Tohirin, turut meluahkan pandangan yang sama, mengundang banyak reaksi netizen mengenai isu yang dibangkitkan itu.
Ketika bersiaran langsung di aplikasi TikTok, Zaidi berkata dia kecewa dengan golongan suami yang sanggup mengadaikan maruah isteri dengan mendedahkan aurat isteri kepada doktor lelaki yang menyambut kelahiran anak mereka.
"Sampai seteruk itu kamu meletakkan maruah isteri kamu ini. Bidadari kamu di dunia ini. Kamu buat macam itu, pagi tadi saya dengar sendiri ada orang lelaki telefon kata bini nak bersalin, doktor minta RM10,000. Minta duit dekat ustazah. Hey, kamu lelaki, kamu suami, kamulah bertanggungjawab.
"Waktu kamu bersama-sama dengan isteri kamu di malam pertama, adakah kamu tidak pernah terfikir yang kamu akan ada anak? Jangan sedap saja yang kamu ambil. Hey lelaki, dayus kamu!" katanya.
Menurut Zaidi lagi, sebagai seorang seorang sepatutnya membuat persediaan awal dari segi kewangan dalam tempoh sembilan bulan isteri mengandung,
"Sepatutnya malam pertama kamu menumpahkan air mani kamu tu ya, sembilan bulan Allah Taala beri tempoh kepada kamu bersiap sedia, memberikan tempat yang terbaik untuk isteri kamu bersalin.
"Hanya dikenakan beberapa ringgit saja, kamu sanggup serahkan maruah (isteri). Para isteri, sedarlah begitu murahnya maruah kamu di mata suami kamu.
"Mana pengorbanan seorang suami, sepatutnya suami demi maruah, demi kemudahan, keselesaan isteri yang berjuang melahirkan anak sama ada dua kemungkinan boleh jadi hiudp atau mati sedang berjuang.
"Kamu sedap-sedap saja ya, malam pertamanya sedap, lepas itu sembilan bulan tu kau sedap-sedap saja, makan sedap, segala-galanya sedap, hisap rokok kau tak fikir benda tu, membazir," katanya.
@scorpion.merah Bincangkan .. #ustazahtiktok #fyp #viral #malaysia #fypシ #roadto10k ♬ original sound - 𝔰𝔠𝔬𝔯𝔭𝔦𝔬𝔫 𝔪𝔢𝔯𝔞𝔥
Sementara itu, netizen mengkritik kenyataan Zaidi yang dianggap tidak memahami kemampuan sesetengah orang sehingga terus menjatuhkan hukum tanpa menyedari dirinya adalah manusia.
"Habis tu, ni nak suruh laki bini yang beranak dengan doktor lelaki, bercerai ke apa?" kata Syira.
"Syaitan bila mana dia tidak mampu nak menghasut kita menjadi jahat, dia akan membuatkan kita berasa diri kitalah yang paling baik dan paling sempurna," kata Boyan.
"Semakin ramailah orang bersalin sendiri di rumah nanti disebabkan video seperti ini," kata Sharina.
"9 bulan kena makan, minum, bayar sewa rumah, bil air dan elektrik. Boss pula tak naikkan gaji, dan benda sama berulang selama sembilan bulan. Macam mana tu?" kata Papa.
Sumber: TikTok Scorpion Merah
Post a Comment