JKR Sarawak bangga serah jeti bernilai RM50,000 kepada penduduk kampung



Tular di media sosial gambar projek jeti kayu yang telah siap dibina di Kampung Mutap, Miri, Sarawak dikatakan menelan kos pembinaan sebanyak RM50,000, mengundang tanda tanya netizen.


Menurut laman Facebook Corporate Communication JKR Sarawak, jeti yang asal dikatakan sudah lama dan rosak serta tidak dapat digunakan lagi. 


Projek bernilai RM50,000 tersebut kemudian diberikan kepada Bukit Balat Company untuk dilaksanakan dalam tempoh tiga bulan bermula dari 7 Mac hingga 6 Jun 2022.




Tetapi, jeti berukuran 15 meter panjang tersebut berjaya disiapkan dalam masa sebulan, iaitu pada 1 April 2022.


Difahamkan jeti tersebut sering digunakan oleh penduduk kampung untuk menjalankan aktiviti harian, selain sebagai laluan alternatif ke Pasar Bekenu. 




Bagaimanapun, ada netizen yang tampil mempertikaikan jumlah kos projek tersebut yang dianggap tidak masuk akal, apatah lagi dengan hasil binaanya hanya sekadar jeti kosong begitu sahaja. 


"Mengarutnya bajet. Jeti macam tu RM50,000? Kenapa tak buat jeti guna simen dan besi terus? Pastu boleh lebarkan lagi keluasan jeti. Ini jeti ke jambatan? Alahai," kata Suriani. 


"Tahniah JKR, hebat sangat projek seliaan kali ini. Boleh masuk rekod dunia ni. Teramat cantik sekali, tahniah sekali lagi JKR. Mohon perbanyakan projek seliaan sebegini ya. Rakyat dah teruja sangat ni," kata Ernest. 




"Semoga orang-orang dalam badan kerajaan yang tidak amanah digantikan dengan manusia-manusia yang lebih berakal dan berakhlak mulia. Amin yra,: kata Syuhada. 


"Semoga Allahj terima segala dosa-dosa subcon dan JKR dan dipermudahkan segala seksaan api neraka," kata Adi Mang. 


Tidak kurang juga ada netizen yang mengatakan, kos pembinaan jeti itu relevan berikutan harga kayu juga adalah masalah. 


"RM50,000 rasanya okay tu sebab kayu mahal. Tak kiralah kayu biasa pun mahal, apatah lagi kalau kayu belian. Beli barang dan upah pekerja, rasanya cukup tu. Yang netizen tak pernah kerja bahagian pertukangan kayu ini lebih baik diam-diam saja. Syukurlah sudah ada jeti daripada tiada. Bulan puasa ni, kurangkanlah merapu ye," kata Muajir. 


Apa pandangan anda? Kongsikan pandangan anda di Facebook dan Instagram The Reporter. 

No comments