(Video) 'Masa beli H tu, terpaksa gadai otak ke?' - Netizen selar tindakan geng Honda Civic FC salahguna lorong kecemasan ketika konvoi
Tular di media sosial video dan gambar konvoi kereta jenis Honda Civic FC parkir di lorong kecemasan di Lebuhraya Temiang-Pantai undang pelbagai reaksi negatif netizen.
Difahamkan, kawasan tersebut yang juga merupakan jalan pintas Temiang ke Pantai merupakan hotspot orang ramai berikutan keindahan pemandangannya di sepanjang laluan. Kebiasaannya, laluan ini lengang pada waktu biasa, namun sibuk pada hujung minggu terutamanya di waktu petang.
Bagaimanapun tindakan sekumpulan pemilik Honda Civic berkonvoi lebih kurang 30 buah kenderaan parkir di lorong kecemasan menimbulkan persoalan netizen apakah kumpulan berkenaan tidak sedar bahawa perbuatan mereka itu menyalahi peraturan jalan raya.
Berdasarkan video yang dimuat naik di TikTok itu, juga kelihatan beberapa pemilik kenderaan tersebut bersembang di sisi jalan sehingga menyebabkan pengguna jalan raya lain terpaksa memperlahankan kenderaan sebagai langkah berjaga-jaga.
Seorang netizen yang dipercayai pemilik Honda Civic yang terbabit dalam konvoi tersebut tampil menjelaskan perbuatan mereka itu tidak salah dan tidak mengganggu trafik.
Semakan di media sosial mendapati, perbuatan memarkirkan kenderaan di kawasan tersebut bukan kali pertama berlaku termasuk kelab-kelab motosikal.
@shahirr2 #fyppppp ♬ Know Me Too Well - New Hope Club & Danna Paola
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, siasatan pihaknya mendapati kejadian melibatkan kira-kira 30 kereta Honda Civic itu dipercayai berlaku pada jam 6.30 petang Sabtu lalu dan mula gambar tersebut mula tular di media sosial sejak semalam.
"Tindakan berhenti dan parkir kenderaan di lorong kecemasan tanpa sebab yang munasabah adalah satu kesalahan dan boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya lain. Hukuman denda boleh dikenakan ke atas individu terbabit mengikut Seksyen 119 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, iaitu denda maksimum RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan.
"Saya menasihatkan orang ramai tidak mengambil tindakan yang boleh membahayakan diri sendiri dan kepada orang lain," katanya.
Sumber: Kelab Honda Civic, Harian Metro
Post a Comment