'Sebak dengar tangisan suami dia..' - Lelaki menangis di sisi jasad isterinya maut digilis treler


Seorang wanita OKU (bisu) maut digilis sebuah treler di Jalan Sungai Ular dalam kejadian yang berlaku pada jam 1 tengah hari Khamis (17/9/2020). 

Mangsa, Nur Almass Zasmi, 23, maut di tempat kejadian, meninggalkan anak perempuannya yang baru berusia tujuh bulan. 

Suaminya, Ahmad Norrizman Ahmad Termizi, 20-an, yang juga bisu tak dapat menahan sebak, menangis di sisi jasad isterinya. 

Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Azhar Hashim berkata, kemalangan yang membabitkan sebuah motosikal dengan treler itu berlaku kira-kira jam 1.20 tengah hari. 

Siasatan awal di lokasi mendapati, penunggang motosikal dari arah Serdang menuju ke Sungai Ular, manakala lori pula dari arah bertentangan. 

Apabila tiba di lokasi, penunggang motosikal dikatakan hilang kawalan lalu terbabas sebelum terjatuh ke bawah treler, menyebabkan magnsa digilis tayar belakang kenderaan berat itu. 

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kulim untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. 

Sumber: Harian Metro

No comments