Bintang Bola Jaring KL2017, An Najwa Dedah RAHSIA Kejayaan Yang MENGEJUTKAN Ramai !!!

Bintang Bola Jaring KL2017, An Najwa Dedah RAHSIA Kejayaan Yang MENGEJUTKAN Ramai !!! | Kejayaan pasukan Malaysia yang menumpaskan pesaing sengit Singapura pada perlawanan akhir bola jaring Sukan SEA KL2017 yang berlangsung di Stadium Juara, Bukit Kiara, semalam menarik perhatian ramai.

Malaysia meraih gelaran juara dengan mata akhir 65-41 hasil jaringan konsisten penjaring berbisa atlet bola jaring negara.

Nama salah seorang atlet bola jaring Malaysia, An Najwa Azizan menjadi sebutan selepas kejayaan pasukan bola jaring negara menamatkan kemarau 16 tahun pingat emas di Sukan SEA.

An Najwa menjadi salah seorang penjaring yang mencuri tumpuah di perlawanan akhir bola jaring semalam.

Kami kumpulkan sembilan fakta menarik mengenai An Najwa:

1. An Najwa Azizan dilahirkan pada 9 Ogos 1997 dan merupakan anak keempat dari lima beradik. Berketinggian 178 sentimeter, An Najwa mewarisi bakat bersukan daripada bapanya, Azizan Azmi yang merupakan bekas pemain ragbi kebangsaan.

2. Gadis ini mula berjinak-jinak dengan bola jaring pada usia 13 tahun. Sebelum menceburi sukan bola jaring, An Najwa terlebih dahulu terbabit dalam sukan olahraga, khususnya acara lompat jauh.

3. An Najwa dipilih sebagai MVP (Most Valuable Player) ketika pasukan negara muncul juara Kejohanan Bola Jaring Asia tahun lalu.

4. Ditanya rahsia berjaya menghasilkan gol setiap kali memegang bola, An Najwa tidak fikirkan perkara lain. Dia hanya fokus untuk memasukkan bola ke dalam jaring.

5. An Najwa mendedahkan yang pasukan bola jaring wanita menjemput lelaki untuk menjadi lawan mereka semasa sesi latihan kerana perkara tersebut memberikan lebih intensiti. Ia sangat membantu kerana pasukan lelaki selalu ‘main kasar’, jadi secara tidak langsung pasukan bola jaring wanita terpaksa push diri sendiri untuk menyamai pasukan lelaki.

6. Jika bukan atlet, An Najwa mungkin akan menjadi seorang penyanyi kerana dia suka menyanyi. Namun begitu, An Najwa tidak pernah menyertai sebarang pertandingan. Selain itu, gadis ini juga menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang doktor atau ahli perniagaan.

7. An Najwa suka makan dan menyifatkan makan sebagai hobinya.

8. Sebenarnya, An Najwa seorang atlet yang sangat malas untuk menjalani sesi latihan. Namun begitu, dia terpaksa melalui sesi tersebut kerana latihan akan membantu pasukan bola jaring untuk berjaya.

9. An Najwa seorang yang ‘superstitious’. Ada beberapa rutin yang perlu dilakukan sebelum perlawanan, antaranya mandi dan mendengar muzik. Jika tidak, An Najwa akan rasa tidak sedap hati, seolah-olah akan terjadi sesuatu yang tidak diingini.

Untuk perkembangan dan informasi mengenai GempakXSeaGames, layari http://ift.tt/2x1WMlf atau ikuti laman Facebook Astro Gempak dan Instagram @astrogempak.

Sumber: Astro Awani

The post Bintang Bola Jaring KL2017, An Najwa Dedah RAHSIA Kejayaan Yang MENGEJUTKAN Ramai !!! appeared first on KITA VIRAL.

No comments